Dzulkhairi’s Weblog

June 12, 2008

Hello world!

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 8:59 am

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

May 30, 2008

JANGAN FIKIR BUKAN-BUKAN

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 8:24 am

Kawan-kawan sebaya saya, sekarang sibuk bercerita tentang kahwin. Mungkin faktor umur, atau menganggur, atau kerana telah menamatkan pengajian yang memaksa mereka semua memikirkan tentang alam rumah tangga.

Kawan saya di Mesir juga menggesa saya berkahwin. Kata beliau, berkahwin awal adalah sunnah. Kebetulan dia sekarang sedang menanti saat menimang cahaya pertama setelah hamper setahun berkahwin. Kawan saya Syed Faiz juga akan berkahwin bulan Ogos. Nasaei sudah berkahwin. Nurul Izza sudah lama. Amiratul Munirah, Thohirah, dan yang paling menarik adalah, 2008 adalah pesta kahwin bagi pimpinan-pimpinan besar Pmium.

Azlan Presiden Parti Mahasiswa Negara juga berkira-kira untuk berkahwin, Syeikg Umar yang merupakan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia yang serumah dengan saya juga sudah lama mengumpulkan wang untuk tujuan yang murni ini. Sahabat-sahabat saya kalangan muslimat juga sudah mula bersedia menerima pinangan siapa sahaja. Pendek kata, siapa cepat, dia yang dapat

Kahwin, kahwin, kahwin. Ada apa dengan kahwin. Adakah untuk menjaga diri daripada melakukan maksiat, atau ingin melunaskan cinta kepada si dia, atau menuruti sunnah, atau kerana sudah lama menganggur, atau kerana apa? Jika kita bertanya kepada ramai orang, maka banyaklah beza jawapannya.

Saya juga ada jawapan tersendiri selain daripada menuruti sunnah dan menjaga diri, atau selain dipaksa ibu. Saya ingin berkahwin kerana ingin mencapai kesempurnaan. Kesempurnaan beragama, kehidupan, dan sebagainya.

Imam al-Syafei hanya melakukan survey kalangan isteri-isterinya berkenaan dengan kitaran darah haid untuk mengeluarkan kaedah fiqh berkenaan darah tersebut. Aisyah membantu nabi untuk memberikan kepada seorang wanita yang bertanyakan tentang darah haid apabila nabi malu-malu untuk menerangkan secara lebih dalam. Malah Aisyah dan isteri yang lain menjadi juru cakap kepada beberapa perbuatan nabi.

Saya apabila melihat ceramah-ceramah yang disampaikan oleh orang yang sudah berkahwin dengan yang bujang, ternyata ada bezanya. Walaupun mungkin yang bujang lebih berilmu dan pandai menyusun kata, namun masih belum tampak kesempurnaannya. Ingin menyentuh soal ibu bapa, terasa janggal. Ingin menyentuh soal mendidik anak, diri sendiri belum berpunya. Ingin bercakap tentang berbuat baik kepada isteri dan mentaati suami, tidak kena. Ingin menjawab persoalan darah-darah khusus untuk wanita, rasanya tidak tepat. Malah ingin menyampaikan kuliah dan ceramah di hadapan orang yang sudah berumah tangga, terasa kejanggalannya.

Orang yang tidak mempunyai adik-beradik, akan menjadi penyayang tetapi kurang berkemampuan untuk menjadi ketua kerana ia tidak pernah memimpin dalam keluarga. Orang yang hanya adik-beradik lelaki akan kurang bertoleransi dengan perempuan. Orang sebegini jika dilantik menjadi ketua akan menimbulkan banyak sengketa dengan pihak perempuan. Begitu juga sebaliknya. Manakala bagi sesiapa yang memiliki adik-beradik perempuan dan lelaki, maka ia akan memahai dua situasi dan kehendak yang berbeza. Ia akan memahami emosinya perempuan dan rasionalnya lelaki.

Orang yang sudah berkahwin teruji imannya. Apakah ia lebih mengutamakan ‘kekasihnya’ atau gerak kerja Islam. Orang yang sudah berkahwin akan lebih pandai tentang pengurusan hidup, bagaimana mengambil hati keluarga sendiri dan keluarga sebelah suami atau isteri, termasuklah pengurusan mendidik anak-anak kecil.

Mendidik orang muda tidaklah terlalu susah. Namun mendidik anak kecil merupakan satu cabaran buat ibu bapa. Anak-anak kecil lebih mendengar cakap orang lain atau ustaznya berbanding cakap ibu bapa. Anak-anak kecil juga banyak mainnya, dan kita tidak boleh mengharapkan keajaiban akan lahirnya ‘Adi Putra’ kedua melalui nutfah kita.

Saya penceramah sambilan. Saya kadang-kadang berasa cemburu melihat penceramah yang sudah berkahwin. Ada beberapa perkara sensitive yang tidak boleh disebut penceramah bujang semacam saya tetapi boleh disebut oleh penceramah yang sudah berkahwin. Malah yang berkahwin biasanya lebih terjaga maruah dan diri berbanding yang bujang, sehingga membenarkan cahaya ilmu itu mudah meresap masuk ke dalam hati pendengar.

Nasaie kawan saya berkahwin dengan seorang yang bersifat akademik. Akhirnya, beliau menjadi seorang yang cintakan ilmu manakala isterinya terikutkan perangainya yang kuat dan gigih bekerja dalam lapangan dakwah. Maka seadanya saya memperingatkan kepada pembaca sekalian, berkahwin bukan semata-mata untuk menjaga diri, atau meramaikan umat nabi Muhammad, malah berkahwin untuk kesempurnaan dalam hidup, mengambil yang baik daripada isteri atau suami, dicontohi dan diaplikasikan sebaik mungkin.

Syed pula akan berkahwin dengan orang yang baru menamatkan pengajian di negeri Matahari terbit. Tampaknya, beliau sangat kemas dan bergaya, dan sudah semakin terarah.

Rasa sangat seronok sebenarnya. Saya tinggal serumah dengan orang-orang yang hebat, bukan sahaja menjadi tumpuan di kampus, malah Malaysia, malah menteri-menteri pun mengenali. Azlan Presiden Pmn, Umar Smm, Hidayat Mpn, Fauzan bakal orang kaya Malaysia, Naim pemimpin gerakan anak pahang dan antara pelajar terbaik um, dan lain-lain. Semuanya anak-anak muda yang berjiwa besar dan punya keinginan membara.

Tetapi Syed bakal membina kehidupan yang baru yang lebih efektif. Tidak lama lagi, yang lain akan menyusul. Seorang demi seorang meninggalkan saya, sedangkan saya masih setia menjadi penulis yang tidak bernama dan ternama.

Ayah-ayah, ibu-ibu, jangan haling anak untuk berkahwin…

May 28, 2008

UNTUK MUSLIMAH: ANDA JUGA BOLEH MEMBUNUH NAGA

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 3:37 pm

PERANAN DAN HAK WANITA SERTA CABARAN-CABARANNYA
_________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Sejak berzaman-zaman, wanita tidak pernah dianggap mulia sehinggalah datangnya Islam. Tamadun Hindu, orang Babylon, Assyria, Parsi dan begitu juga Thracia, Lidia dan bangsa-bangsa Pelasgia yang tinggal di beberapa bahagian Eropah dan Asia Barat tidak meletakkan wanita pada kedudukannya yang sebenar. Malah bangsa Athens yang dianggap mempunyai nilai kebudayaan dan daya ketamadunan yang tinggi sekalipun memperlakukan wanita seperti binatang.

Bagi bangsa Romawi yang terkenal dengan ketenteraannya yang ‘militer’, mereka turut memperlakukan wanita sesuka hati mereka, apatah lagi setelah berlalunya Perang Kathargo yang menyaksikan kemudiannya wanita diperlakukan seperti bintang, kebebasan sosial berlaku tanpa sekatan dan runtuhnya institusi kekeluargaan. Zina merupakan perkara biasa dalam masyarakat Romawi. Wanita dijadikan pelacur kehormat, pentas-pentas komedi mempertontonkan adegan-adegan lucah, mempamerkan kecantikan wanita tanpa pakaian dan rumah-rumah dihiasi gambar-gambar wanita bogel.Perkara yang sama juga berlaku di Parsi yang berpandukan Zend-Avesta sehingga terdapat pemerintah Parsi yang mengahwini saudara perempuannya sendiri dan perilaku tersebut dianggap sebagai satu kebanggaan buat mereka.

Wanita pada zaman Greek dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu kelompok untuk memuaskan nafsu lelaki, menjadi pelayan yang bertugas menjaga tubuh badan dan kesihatan tuannya dan kelompok terakhir menjaga anak, rumah tangga dan keperluan keluarga. Masyarakat Yunani pula menganggap wanita sebagai komoditi dagangan yang tidak berhak mendapat harta pusaka dan pendidikan. Aristotle sendiri berpendapat wanita yang melahirkan anak perempuan adalah teramat jijik dan hina sekali. Plato pernah mencadangkan agar wanita menjadi milik bersama- boleh melahirkan anak untuk mana-mana lelaki bagaikan kandang terbuka. Manakala wanita pada zaman Mesir kuno menjadi mangsa kepada kesesatan akidah apabila dijadikan bahan pujaan dewa yang menguasai Sungai Nil.

Paulus menyalahkan Hawwa yang menyebabkan Adam mengikut kehendak syaitan. Chrysostom menyatakan wanita muda sebagai oerangkap dan wanita tua sebagai bomoh.

‘Aisyah (R.A) menceritakan empat bentuk perkahwinan pada zaman Jahiliah yanG menggambarkan betapa rendahnya mutu dan martabat wanita pada zaan Jahiliyah. Pertama adalah seperti yang dibenarkan dalam Islam. Kedua, si suami mengizinkan lelaki untuk berzina dengan sesiapa selepas suci daripada haid sehinggalah isteri tersebut hamil. Beliau hanya akan menyentuh isterinya selepas didapati hamil kerana mereka inginkan zuriat yang baik. Perkahwinan jenis ini dipanggil istibda’. Ketiga, sekumpulan lelaki yang tidak melebihi jumlah 10 orang berkumpul untuk menyetubuhi seorang wanita, kemudiannya apabila wanita tersebut hamil, maka ia akan memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi ayah kepada anak tersebut. Perkahwinan bentuk kempat adalah pelacuran. Apabila hamil dan melahirkan anak, maka wanita pelacur itu akan memilih salah seorang daripada mereka yang ada iras dengan wajah anak trsebut untuk menjadi ayah. Mereka juga berpoligami tanpa ada batas sehingga mereka mengahwini dua orang adik-beradik sekaligus. Mereka juga mengahwini bekas isteri ayah mereka yang telah diceraikan. Perempuan yang ditawan dalam medan perang juga diperlakukan sesuka hati.terdapat juga kalangan mereka yang menjual anak-anak mereka seperti ‘Abd Allah bin Jad’an.

Namun apabila Islam datang, Islam telah meninggikan martabat wanita sehingga setaraf dengan lelaki. Al-Qaradawi menyatakan Islam memelihara kewanitaan agar ia sentiasa menjadi sumber, kasih sayang, kelembutan dan kecantikan. Justeru, Islam menghalalkan beberapa perkara seperti emas dan perak kepada wanita tetapi diharamkan ke atas lelaki. Islam turut melindungi kewanitaan dan melindungi kelemahannya. Menjadi satu kewajipan ke atas kaum lelaki untuk membela dan menjaga wanita. Islam juga menjaga moral dan sifat malu wanita dan memberi perhatian kepada reputasi dan kemuliaan wanita serta menjaga kesuciannya.

2.0 WANITA MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA

Pada asalnya, wanita dimuliakan dalam agama Yahudi sebelum agama itu dipesongkan. Namun setelah itu, wanita hanya dianggap lemah malah The Old Testament menegaskan wanita yang melahirkan anak lelaki berada dalam keadaan bernajis selama tujuh hari dan dua minggu jika melahirkan anak perempuan. Tuntasnya, wanita hanya dianggap seperti najis yang perlu dibersihkan.

Nasrani menganggap wanita tidak mempunyai roh. Tertulianus mengatakan wanita merupakan pintu bagi syaitan memasuki jiwa manusia. Carry Suztam berpandangan wanita sebagai jahat kerana berperanan membinasakan, membisikkan kejahatan dan pembantah. The New Testament melarang wanita belajar, mengajar dan mereka mesti berdiam diri semasa di gereja. The Old Testament menegaskan lelaki lebih mulia berbanding wanita. Malah John Chrisistom menyalahkan wanita dengan menganggap mereka sebagai punca kemenangan syaitan dan wanita lebih berbahaya berbanding binatang buas. Sehubungan dengan itu, pendeta-pendeta Nasrani mengambil keputusan untuk melangar fitrah kemanusiaan dengan mengamalkan kehidupan Rahbaniyah, iaitu menjauhkan diri daripada wanita. Namun jika menurut pendedahan yang dibuat, sebenarnya pendeta Nasrani terlibat dengan zina malah lebih memalukan mereka terlibat dengan kegiatan seks yang abnormal. Pastor (paderi) Charles Chiniquy (1809-1888) dalam bukunya Fifty Years In The Church Of Rome menceritakan keganasan Institusi Gereja Katolik Rom yang tidak mengikut ajaran Bible yang sebenar.

Dalam agama Hindu yang berdasarkan sistem kasta, wanita diletakkan di tempat terbawah bersama golongan Sudra. Wanita dijadikan tempat melampias nafsu, pelacur, pengotor, tepat melepaskan kemarahan dan boleh diperdagangkan. Wanita turut digalakkan untuk membakar dirinya setelah kematian suaminya.Manu (penggubal undang-undang Hindu) menyatakan bahawa budak lelaki, isteri, dan hamba sahaya tidak boleh memiliki harta. Huraian dalam kitab Ramayana menunjukkan wanita dan binatang mesti ditekan dengan kekerasan. Reg Veda juga menegaskan wanita tidak diperlakukan seperti sahabat kerana hatinya adalah lubang serigala. Dalam Agama Buddha pula meskipun wanita dipandang sama kedudukan dengan lelaki, namun ia tetap dianggap sebagai perangkap kepada lelaki dan punca kesesatan.

Sebenarnya pemikiran Barat bukan sahaja memandang pesimis terhadap wanita, malah sebenarnya pemikiran rosak Barat telah memberikan persepsi yang buruk terhadap kejadian manusia itu sendiri, bezanya mereka lebih menyalahkan wanita dalam hal ini. Manusia dianggap sebagai bangsa antropomorphous iaitu binatang yang menyusui. Charles Robert Darwin (1808-1885) pada tahun 1858 menulis karya The Origin Of Species yang mengemukakan teori evolusi yang sebenarnya berpangkal kepada teori yang pernah diutarakan oleh Lammark (1744-1829). Proses evolusi ini dikatakan berpunca daripada pertarungan tabi’i (war of nature). Namun teori Darwin tidak dapat dibuktikan malah ditolak kebanyakan intelektual dan pengkaji seperti Nile Eldredge dalam bukunya The Monkey Bussiness, Thomson (Pengarah Commonwealth Institute Of Biological Control di Ottawa, Kanada), Prof. John Moore dari Jabatan Sains di Universiti Machigan, Amerika Syarikat, Sir Roderick Murchinson, Ian Taylor dalam In The Minds Of Men, dan juga Duane Gish. Sugmend Freud pula berpandangan agama muncul disebabkan untuk mengawal kedengkian yang sukar dibendung. Ayah dengkikan anak lelaki yang menyusu ibunya manakala ibu dengkikan anak perempuannya yang rapat dengan ayahnya. Maka, lahirlah agama.

Hassan al-Banna telah memberi kupasan yang sangat tentang beberapa perkara berkaitan dengan kewanitaan.Tegas beliau, Islam telah mengangkat kedudukan wanita setaraf dengan lelaki. Namun tetap ada perbezaan dari beberapa sudut seperti peranan kerana perbezaan struktur tubuh dan psikologi pastinya mendorong kepada perbezaan tanggungjawab dan peranan. Islam mengharmonikan hubungan antara lelaki dengan perempuan melalui jalan perkahwinan malah Nabi SAW menyatakan orang yang bersetubuh dengan isterinya mendapat pahala di sisi Allah SWT. Ini menunjukkan Islam meraikan fitrah bahkan Islam menggalakkannya dalam menjauhkan diri daripada maksiat dan pertumbuhan umat Muhammad secara produktif.

Islam ternyata melihat sesuatu dalam aspek yang cukup luas dan dinamik. Islamic Worldview atau weltanschauung merentas alam fizikal, meliputi dunia dan alam akhirat, amat berkait rapat dengan persoalan realiti sebagaimana ditakrifkan oleh Syed Naquib al-Attas iaitu “vision of reality and truth”.Maka kaca mata Islam melihat wanita mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak dapat disangkalkan dan ia terbukti sekarang apabila ramai wanita yang memenuhi pusat-pusat pengajian tinggi dan menjadi pemimpin dan pentadbir yang terkemuka.

3.0 HAK-HAK UMUM WANITA

Kekangan-kekangan yang dikenakan terhadap wanita menyebabkan sesetengah wanita bangkit membawa gagasan baru dalam memartabatkan maruah wanita. Antara gagasan yang muncul adalah gagasan feminism. Masalah yang timbul seperti kemunculan sekularisme yang diasaskan oleh Martin Luher; perjuangan membela nasib bertukar kepada perjuangan gender yang melampau-lampau. Mereka inginkan hak kesamarataan dengan kaum lelaki sedangkan Islam tidak menekakan kesamaan sebaliknya yang ditekankan Islam adalah hak keadilan.

Gerakan Pembebasan Wanita lahir di Amerika dan Eropah dan dikepalai oleh bangsa Yahudi atau mereka yang berfahaman sosialisme seperti Betty Freiden (1921M), Germaine Greer (1971M), Gloria Steinans dan Simone De Beavoir (1908-1985).

Feminisme merupakan satu gerakan perjuangan wanita dalam menuntut kebebasan mutlak dalam pelbagai aspek seperti sosial, politik, pendidikan, undang-undang, ekonomi dan sebagainya. Mereka menuntut hak kesama rataan antara mereka dengan lelaki sedangkan Islam tidak pernah menyama ratakan hak antara lelaki dengan perempuan secara mutlaq sebaliknya Islam hanya memberikan keadilan.

Terdapat banyak hak wanita yang telah digariskan dalam Islam. Malah dalam beberapa hal Islam menjunjung tinggi wanita sehingga menjadi kewajipan bagi kaum lelaki untuk membela dan menjaga kebajikan wanita. ‘Abd al-Majid al-Zindani menyatakan dalam Hak-hak Politik Wanita Dalam Islam empat hak wanita yang perlu dipelihara.

Wanita mempunyai hak untuk mengecapi kehidupan dengan sebaiknya tanpa sebarang diskriminasi. Ini disebut sendiri oleh Allah SWT,

“Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup ditanya. Atas dosa apakah mereka dibunuh”

Dalam hal ini wanita mempunyai hak yang sama dengan lelaki untuk hidup, bahkan menjaga hak wanita lebih kuat dan dominan. Wanita mempunyai hak mendapat kemuliaan sebagai keturunan Adam sebagaimana lelaki. Islam tidak pernah membezakan kedudukan antara lelaki dengan wanita malah meletakkan mereka dalam kedudukan yang sama di sisi Allah, cuma nilaian taqwa sebagai pembeza.Malah wanita diberikan hak untuk mengemukakan pendapat dan bermesyuarat, menunjukkan Islam menghargai kemampuan akal dan telahan wanita. Dalam hal ini, perbezaan daya kemampuan dan daya pengamatan antara lelaki dengan perempuan pastinya akan membuahkan satu hasil perbincangan yang lebih mantap dan berkualiti. Perbezaan antara lelaki dengan perempuan telah diterangkan secara panjang lebar oleh John Nicholson dalam karya beliau Men And Women: How Different Are They? Firman Allah SWT,

“Dan orang mukmin lelaki dan wanita saling bahu-membahu antara satu sama lain”

Kedua, wanita diberi hak-hak dalam ekonomi. Islam telah memberi kebebasan penuh kepada perempuan untuk mengatur urusannya baik yang berkait dengan harta, pemilikan, perdagangan dan lain-lain termasuk menggunakan maharnya bila telah bersuami.

Ketiga, wanita diberi hak-hak sosial yang berkait dengan mental iaitu mendapatkan perlakuan baik, mendapatkan pengajaran dan hak memilih suami. Hak-hak sosial berkaitan dengan harta iaitu mendapatkan nafkah, mendapatkan warisan,mendapatkan mahar, hak untuk kemesraan, hak untuk menyusui anak dan mendapat nafkah, hak untuk merawat anaknya dan hak mendapatkan nafkah kerana ‘iddah hak untuk berkerja.

Keempat, wanita diberikan hak-hak untuk berkonstitusi, hak untuk bergiat dalam masalah-masalah yang muncul di tengah masyarakat, menjadi saksi, menjadi pemberi wakaf atau wakil, bersedekah dan sebagainya.

Beliau menegaskan lagi bahawa wanita diberi hak dalam memilih pemimpin, bermesyuarat dan mengemukakan pendapat, amar ma’ruf dan nahi mungkar,hak untuk menuntut penguasa jika zalim dan hak menentang penguasa yang jahat.

4.0 PERANAN

Akhir zaman menyaksikan era siber dan alam globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran yang tidak terduga. Usaha pembaratan merangkumi cengkaman post-modernisme, sekularisme,kapitalisme, globalisasi dan sebagainya menyebabkan umat Islam semakin jauh dengan kehidupan Islam itu sendiri.

Barat telah mempergunakan wanita semahu-mahunya dalam memusnahkan umat Islam. Protokol-protokol yang disusun oleh Zionis Antarabangsa dalam satu perhimpunan di Basle, Switszerland yang dikepalai oleh Dr Theodor Hertzl telah merencanakan satu perancangan tersusun untuk memusnahkan wanita dalam operasi menghancurkan umat Islam. Prof. John Robinson (1798) dalam bukunya Proofs Of A Conspiracy mendedahkan perancangan Barat yang cuba mensosialkan wanita (socialization of women). Perkara ini didedahkan juga secara terperinci oleh Henry Ford (1920) dalam karya beliau yang telah diharamkan The International Jew. Mereka telah mengelirukan umat Islam dengan pelbagai perencanaan mereka yang berselindung di sebalik badan-badan kebajikan dan istilah-istilah mengelirukan seperti New Ekonomic Order, Global Village, Globalization dan sebagainya. Soal ini jugalah yang telah diterangkan secara panjang lebar oleh Samuel P Hungtington berkenaan dengan pertembungan antara tamadun dalam karya beliau The Clash Of Civilisation And The Remarking Of World Order.

Maka dunia masa sekarang sedang menanti-nanti kemuculan semula wanita-wanita berjiwa dan mampu mengukir sejarah dunia dengan kekuatan tersendiri seperti Aruneb Ishaq yang lebih memilih kesusahan bersama ‘Abd Allah bin Salam, Asma’ Abu Bakar yang rela menempah maut demi menjaga rahsia Rasulullah, Ummu Khayr yang diberi keutamaan memasuki syurga terlebih dahulu berbanding Fatimah, Ummu Habibah yang mengutamakan Rasulullah berbanding ayahnya Abu Sufyan, Ummu Hakim yang redha dengan perginya dua orang suami dalam medan peperangan, Khawlah Azmar yang mengagumkan Khalid al-Walid lantaran kehebatan dan keberaniannya dan juga kecekalan Zinnirah yang memilih matanya dibutakan demi mempertahankan kemurnian akidah.

Wanita adalah pemimpin, sama seperti lelaki. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi SAW dalam satu hadis baginda,

وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِى بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا
Wanita juga adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rumah suaminya”

Wanita wajib mendahulukan suami dengan mentaatinya, beradab, memuliakannya, memelihara maruahnya, menenangkan hatinya, menghiburkan dan sedia berkhidmat untuknya. Wanita Islam yang berjaya adalah wanita yang berusaha untuk terus maju dan memajukan bidang pendidikan, ekonomi, kesihatan dan kedoktoran, pertanian dan juga bidang seni dan kebudayaan. Wanita Islam yang dinamik tidak boleh lagi mengongkong pemikiran mereka dalam kepompong dapur sahaja lagi, kerana wanita pada masa sekarang mesti berwawasan dan berimpian tinggi. Wanita Islam tidak boleh terus-menerus dikalahkan oleh wanita Yahudi dan Nasrani yang kini menjadi orang-orang penting di dunia seperti Condoliza Rice dan Hillary Clinton. Mesti ada ikon kalangan wanita Islam yang boleh meniupkan semangat dan spirit perjuangan, atau sekurang-kurangnya menjadi penasihat seperti Ummu Salamah yang memberikan nasihat kepada Rasulullah SAW.

MME De Stael mengatakan kesucian fikiran dan kesucian perilaku adalah kehormatan utama bagi wanita. Hamka menegaskan bahawa martabat wanita hanya terangkat melalui kesuciannya.

Rasyidah menegaskan peri pentingnya wanita Islam untuk memperkayakan kemahiran mereka dalam bidang-bidang kritikal yang bersifat fardhu kifayah yang menjadi keperluan untuk ummah pada masa sekarang. Syeikh Umar Bagharib pula berpandangan wanita harus memahami tugas mereka yang sebenarnya dalam konteks yang lebih telus. Bagi beliau, wanita mesti berperanan melahirkan dan membentuk generasi baru untuk Islam yang boleh mengembalikan semula kegemilangan Islam. Beliau turut menegaskan wanitaIslam mesti berbangga dengan Islam dan meninggalkan fahaman Barat yang sememangnya menindas wanita.

Apa yang menarik, John Nicholson menyatakan pendirian anakanya David yang berpandangan bahawa wanita juga boleh membunuh naga.

5.0 MEMBINA TAMADUN TAUHID

Manusia tauhidik adalah manusia berjiwa merdeka yang peka dengan martabat, kehormatan dan kemampuan dirinya sebagai makhluk mulia. Wanita Islam mesti berjiwa kepemimpinan dan inisiatif serta inovatif dalam membina tamadun sebagaimana yang pernah muncul di Sepanyol dan Pulau Sicily di Selatan Itali. Dikatakan fungsi utama kepimpinan profetis adalah transformasi kemanusiaan (human trnasfomation) dan pembinaan budaya (culture building).

Pembinaan tamadun tauhidik mestilah bersumberkan kepada kemantapan akal yang dipandu wahyu. Dalam hal ini, wanita Islam mesti pantas bergerak jika tidak mahu ditinggalkan jauh ke belakang. Mereka mesti sentiasa mahu berubah, berfikiran lateral bukannya vertikel, berani bukannya pengecut. Jika tidak, maka wanita Islam mesti bersedia untuk terus-menerus dikalahkan dengan wanita Barat yang kental cuma tidak beriman.

Adapt or die, sesuaikan diri atau mati. Jangan teruskan tradisi dinosour, kuat tetapi tidak dapat sesuaikan diri dengan suasana menyebabkannya pupus. Wanita Islam mesti ghairah melakukan paradigm shift iaitu anjakan demi anjakan, langkah demi langkah, sehinggalah ke mercu jaya yang berprestij. Kemajuan Jepun sering dikaitkan dengan jiwa kaizen dan keberanian kamikaze. Robert N. Bellah dalam Tokugawa Religion menyatakan kemajuan Jepun amat terkait dengan pengaruh etika Buddhisme-Zen yang dipengaruhi oleh Buddhisme, Shintoisme dan Konfusianisme. Manakala nilai-nilai Portestan seperti individulisme, kerja keras dan sikap (pemikiran) rasional menjadi kekuatan pendorong dan pemacu kemajuan ekonomi dunia Barat. Wanita Islam pula, mesti menjadikan Islam sebagai pendorong, kerana Umar berpesan, kita adalah satu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain Islam akan dihina Allah.

Islam meliputi keseluruhan sfera kehidupan termasuk sosial, ekonomi, politik, budaya, pendidikan dan terdiri daripada hal-hal material, fizikal, emosi, rasional, intelektual, estetika dan spiritual.

Dalam membina tamadun tauhid juga, wanita Islam tidak boleh lagi berfikiran sempit dan terlalu mengongkong budaya kehidupan mereka dengan hukum-hakam keduniaan yang terlalu rigid. Prof. Madya Kamil Abd Majid berfalsafah tentang pemikiran Melayu yang ketinggalan, yang digambarkan sebegini,. Orang Melayu melihat udara lalu dibuat layang-layang, sedangkan Barat mencipta kapal terbang. Orang Melayu melihat sungai lalu mereka berenang sedangkan Barat mencipta kapal. Ini menggambarkan beza pemikiran yang mesti dirapatkan secepat mungkin.

Al-Qaradawi menyesali pemikiran sesetengah umat Islam yang terlalu jumud. Beliau menyebut pegangan beliau sebagai pendokong salaf tetapi menjadi satu kewajipan kepada beliau untuk berijtihad sebagaimana salaf juga berijtihad pada zaman mereka. Nyatanya, zaman sekarang bukan lagi zaman untuk menggali parit seperti dalam Perang Khandaq sebaliknya zaman sekarang, wanita Islam mesti memikirkan satu strategi lain yang lebih efektif dan efisien yang bersesuaian dengan zama sekarang.

6.0 CABARAN

Banyak cabaran yang perlu ditempuh oleh wanita Islam dalam membina keyakinan orang terhadap kemampuan mereka. Persidangan Wanita Sedunia ke-4 yang diadakan di Beijing menyaksikan pertembungan antara kumpulan beragama dengan pendokong sekular dan liberal.

Namun wanita Islam mesti teguh dan meyakini slogan-slogan yang bersendikan westernisasi semuanya kosong sahaja dan tidak mempunyai nyawa. Hanya Islam sebagai penyelamat. Islam merupakan satu sistem yang sesuai dengan kehidupan manusia.

Mereka mesti memperjuangkan Islam sedaya upaya mereka seperti Islam merupakan anak mereka. Tanggungjawab ini bukanlah satu kontrak sosial seperti yang difahami Barat tetapi ia merupakan perjanjian azali antara diri manusia dengan Tuhannya.

Di Turkey, wanita Islam berhadapan dengan cabaran sekularisme yang melampau, sehingga untuk bertudung pun menjadi satu permasalahan yang besar. Wanita juga masih menjadi objek dan simbol seks di mana-mana tempat, malah pada masa sekarang di negara kita sekalipun, sudah ada iklan wanita dengan rexona. Maruah wanita jatuh dengan begitu pantas sekali.

Berapa ramai wanita yang menjual harga diri setelah terpedaya dengan material yang ditawarkan. Al-Attas menjelaskan, dalam diri manusia terdapat dua unsur iaitu unsur jasad yang lebih kepada kebinatangan dan unsur kerohanian.

Ya, seks merupakan cabaran yang paling berbahaya, tidak hanya kepada wanita malah kepada lelaki. Dunia masa sekarang seolah-olah dibentuk dan di’pattern’kan mengikut acuan seks yang diperkenalkan Barat. ‘Abd Allah Nasih ‘Ulwan menjelaskan bahaya daripada perhubungan seks tanpa pernikahan yang halal seperti penyakit Gonorea (Gonorrhoea) yang menyebabkan inflamasi akut dan kronik pada rahim dan testis, Sifilis (Syphilis) yang mendatangkan kesan sampingan pada kulit, sendi, tulang, otot-otot, jantung dan penglihatan, Syankroid (Chancroid) yang menyebabkan ulser pada alat kelamin, Baligh Prekosius (kematangan organ seksual awal) dan juga AIDS yang boleh membawa kematian.

Malah seks memberikan kesan kepada aspek sosial seperti ancaman keruntuhan rumah tangga, kezaliman terhadap anak-anak, penderitaan lelaki dan perempuan, memutuskan hubungan, dampak buruk kepada ekonomi, lemah tenaga, menimbulkan penyakit gila seks, malah bahaya dunia dan akhirat.

Wanita Islam juga berhadapan masalah membina keyakinan kendiri untuk bersaing dengan bangsa yang lebih maju. Mungkin budaya Melayu mengajar untuk lebih bersikap malu dan tidak mahu menonjol. Wanita Islam mesti membina keyakinan diri mereka dengan pro-aktif dan melengkapkan diri mereka dengan kekuatan ilmu dan thaqafah selain membina pengalaman dalam membentuk peribadi yang lebih unggul, sehingga layaknya mereka disegani kawan dan digeruni lawan.

P/S Ana tak dapat memuatkan nota kaki dalam blog ni. Cuma ana boleh meletakkan senarai bahan rujukan ana.

P/S Tulisan ini terbit hasil idea Ustaz Azhar Abdullah yang ana sayangi dan segani. Beliau yang memberikan ruangan idea pada ana untuk menulis dan ana serahkan kepada beliau untuk edit. Terima kasih ustaz..

[1] Syed Ameer Ali (1992), The Spirit Of Islam (terj.), Mohamad Saleeh Rahamad, Sejarah Evolusi Dan Keunggulan Islam, Kuala Lumpur: DBP, h. 306-307.
2 Ibid., h. 10.
3 Baterah Alias & Che Zarina Sa’ari (2006), Islam Dan Emansipasi Wanita, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 10.
4 Syed Ameer Ali (1992), op. cit., h. 310.
5 Baterah Alias & Che Zarina Sa’ari (2006), op. cit., h. 9 & 11.
6 Walid Litfullah (1989), Wanita Muslimah Dan Cara Mengatasi Budaya Barat, Kuala Lumpur: Pustaka al-Mizan, h. 22.
7 al-Mubarakfuri (2004), Al-rahiq al-makhtum, (ter.), Muhammad Ramzi Omar, Sirah al-Nabawiyah, Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), ,h. 44-45; Qamihah, Jabir (1996), (terj.) Mudasir Rosder & Mohd Zawawi Abdullah, Nilai-nilai Islam: Satu Pengenalan, Terengganu: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, h. 13.
8 al-Qaradawi, Yusuf (2000), Malamih al-Mujtama’ al-Muslim alladhi Nansyuduhu (terj.), Mohammad Zaini Yahaya, Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan, Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar, h. 502-504.
9 Walid Litfullah (1989), op. cit., h. 14-16.
10 Ibid., h. 16-19.
11 Sulaiman Noordin (1997), Sejarah Pemikiran: Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, Dan Orde Baru Dunia, Selangor: Pusat Pengajian Umum, h. 239.
12 Ibid., h. 19-20.
13 Walid Litfullah (1989), op. cit., h. 22.
14 Walid Litfullah (1989), op. cit.,., h. 21.
15 Walid Litfullah (1989), op. cit., h. 6-7; Sulaiman Noordin (1997), op. cit., h. 68-79.
16 al-Banna, Hassan (2003), Majmu’ah Rasa’il al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna (terj.), Salehan Ayub, Himpunan Risalah Imam Hassan al-Banna (edt.), Mohd Najob Sulaiman, Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd., h. 394-395.
17 Al-Quran. Al-Rum (30): 21.
18 Nabi SAW dalam satu hadis riwayat Abu Dhar (r.a) menjelaskan tentang beberapa cara bersedekah bagi orang yang tidak berharta وَفِى بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ. Rujuk Musim, Sahih Muslim, kitab al-zakah, bab Bayan Ism al-Sadaqah Yaqa’u ‘Ala Kulli, no. 2376.
19 Dalam satu hadis yang diriwayatkan Ma’qal bin Yasar, Nabi SAW menyuruh seorang lelaki agar mengahwini pereppuan yang boleh melahirkan anak yang ramai.
« تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ فَإِنِّى مُكَاثِرٌ بِكُمْ »
Rujuk al-Nasa’I, Sunan al-Nasa’I, kitab al-nikah, bab Karahiyah Tazwij al-‘Aqim, no. 3240.
20 Siddiq Fadzil., Abd. Malek Awang Kechil., Malek Shah Mohd Yusoff., (etl.) (2005), Pengurusan Dalam Islam: Menghayati Prinsip Dan Nilai Qurani, Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM Sdn. Bhd., h. 73-75.
21 Sudah ramai wanita yang menjadi pemimpin dan pentadbir yang tertinggi di Malaysia, malah sudah ada wanita yang menjadi pemimpin tertinggi Negara seperti yang berlaku di Indonesia dan Jerman. Naib Canselor Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri dipimpin oleh wanita Islam. Dalam soal ini, bukan soal hukum boleh atau tidak boleh wanita menjadi pemimpin tertinggi, tetapi mesej yang ingin disampaikan ialah wanita mempunyai wibawa dan kemampuan yang lebih daripada yang disangka.
22 Sulaiman Noordin (1997), op. cit., h. 121.
23 Ghazali Darussalam (1998), op. cit., h. 44.
24 Nabi SAW menyatakan kewajipan lelaki untuk berbuat baik kepada isterinya melalui kata-kata baginda,
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ. Rujuk al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, kitab al-manaqib, bab Fadh Azwaj al-Nabi, no.4269.
25 al-Zindani, ‘Abd al-Majid (2003), Hak-hak politik wanita dalam Islam, Jakarta Timur: Al-I’tishom Cahaya Umat,
26 Al-Quran. Al-Takwir (81): 8-9.
27 Al-Quran. Al-Hujurat (49): 13.
28 Nicholson, John (1997), Men And Women: How Different Are They? (terj.), Padilah Ali, Lelaki & Perempuan, Selangor: DBP.
29 Al-Quran. Al-Tawbah (9): 71.
30 Al-Quran. Al-Nisa’ (4): 7.
31 Al-Quran. Al-Nisa’ (4): 20.
32 Al-Quran. Al-Baqarah (2): 233.
33 al-Zindani, ‘Abd al-Majid (2003), op. cit., h. 85.
34 Ibid., h. 86.
35 Amar ma’ruf nahi mungkar merupkan kewajipan semua orang muslim mengikut sesetengah ulama manakala sesetengah ulama yang lain hanya berpandangan ia merupakan fardhu kifayah. ini bermakna, wanita turut memainkan peranan dalam amar ma’ruf nahi mungkar. ‘Abd al-Karim Zaydan menegaskan bahawa ia merupakan kewajipan ke atas semua umat Islam. Rujuk Zaydan, ‘Abd al-Karim (2002), Usul al-Da’wah, (terj.) Solehan Ayub, Islam & Dakwah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., h. 356-357; Al-Qurtubi dan al-Syawkani menyifatkannya sebagai fardhu kifayah. Begitu juga dengan al-Allusi, al-Razi dan al-Syafi’i yang berpandangan ia hanya fardhu kifayah kepada sesetengah orang sahaja dan akan gugur kewajipan tersebut jika sudah terdapat sesetengah daripada mereka melakukannya. Boleh rujuk al-Allusi al-Baghdadi, Mahmud (1994), j.1, Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-‘Azim wa al-Sab’u al-Mathani, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, h. 237-238.
36 Ibid., h. 151.
37 Alan Richardson dalam The Religion In The Contemporary Debate menyebut, “Bahawa dunia yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada sekularisasi umat Kristian dan peradaban mereka”. Rujuk Ghazali Darussalam (1998), Dakwah Islam Dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h. 63.
38 Postmodernisme membawa maksud gaya kehidupan masa kini. Rujuk Ghazali Darussalam (1998), op.cit., h. 1.
39 Pluralisme merupakan satu aliran yang mengangap semua agama adalah betul dan tanggapan ini ternyata salah. Rujuk Riduan Mohd Noor & Ahmad Adnan Fadhil (2006), Siri Serangan Pemikiran: Islam Liberal Dan Pluralisme Agama, Selangor: MHI Publication, H. 60.
40 Sekularisme adalah pemikiran memisahkan antara agama dengan kehidupan dunia. Sekularisme merupakan satu bentuk pemikiran yang asas bagi kehidupan masyarakat di Barat. Rujuk al-Qaradawi, Yusuf (1999), Al-Islam: Hadarah al-Ghad, (terj.), Juanda Jaya, Tamadun Islam: Alternatif Masa Depan. Selangor: Maktabah al-Qardhawi, H. 25; al-Qaradawi, Yusuf (1999), Al-Islam wa al-‘Ilmaniyyah, (terj.), Junda Jaya, Pertentangan Islam Dan Sekular, Selangor: Maktabah al-Qardhawi, H. 58-62; Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), op. cit., h. 15.
41 Golongan Kapitalis selain menganggap bahawa mereka pemilik mutlaq kepada harta benda, mereka juga bebas untuk menyimpan keuntungan yang diperolehi daripada harta tersebut. Mereka juga bebasmelakukan apa sahaja untuk meraih keuntungan yang besar. Rujuk Haron Din., Hassan Salleh., Sulaiman Yassin., Sidi Ghazalba (2003), op. cit., h. 493.
42 Globalisasi biasa diistilahkan dengan dunia tanpa sempadan, pupusnya organisasi negara dan pengembangan manusia dan dunianya. Rujuk Ghazali Darussalam (1998), op. cit., h. 116; Perkataan globalisasi mula dipopularkan pada dekad 1990-an. Rujuk Mohd Azizuddin Mohd Sani (2003), Globalisasi Hak Asasi Manusia: Debat Aliran Universalisme dan Relativisme, dlm. Lukman Z. Mohamad & Azmi Abdul Manaf (eds.), Globalisasi Di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h. 43.
43 Sulaiman Noordin (1997), op. cit., h. 239.
44 Fatimah Omar (2001), Wanita Yang Dikasihi, Kuala Lumpur: Darul Nu’man, h. 1- 147.
45 Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab al-Jum’ah, bab al-jum’ah wa al-qura fi al-mudun, no. 893; Muslim, Sahih Muslim, kitab al-imarah, bab Fadilah al-imam al-‘adil wa ‘uqubah, no. 4828; Hadis ini disebut dalam beberapa tempat lagi dalam Sahih al-Bukhari, manakala hadis yang diriwayatkan oleh Muslim hanya mempunyai pengertian yang sama sedangkan matannya berbeza.
46 Amina Noor (1999), Andalah Wanita Syurga, Kuala Lumpur: Darul Nu’man, h. 53-56.
47 Amina Noor (1999), op. cit., h. 66-74.
48 Rujuk aisyah
49 al-Mubarakfuri (2004), Al-rahiq al-makhtum, (ter.), Muhammad Ramzi Omar, Sirah al-Nabawiyah, Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), ,h. 506.
50 Jeniri Amir (2007), 7000 Mutiara Kata c.2, Kuala Lumpur: PTS ProffesionalPublishing Sdn. Bhd., h. 323-324.
51 Wawancara bersama Rasyidah Jusoh, Pengerusi Usrah Kebajikan Profesional (UKP), sebuah NGO Islam pada 18 Mei 2008, 11 malam bertempat di Dynasty Hotel, Sentul.
52 Wawancara bersama Syeikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), sebuah gerakan mahasiswa peringkat nasional, 3.45 petang bertempat di rumah kediaman beliau di Seksyen 19, Petaling Jaya.
53 Siddiq Fadzil., Abd. Malek Awang Kechil., Malek Shah Mohd Yusoff., (etl.) (2005), op. cit., h. 21.
54 Siddiq Fadzil., Abd. Malek Awang Kechil., Malek Shah Mohd Yusoff., (etl.) (2005), op. cit., h. 195.
55 Hashim Musa (2001), “Islam: An Overview In History And Contemporary World”, Jurnal Afkar bil. 2, 2001, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Kuala Lumpur, h. 18.
56 Kalim Siddiqui (2005), Stages Of Islamic Revolution, Kuala Lumpur: The Other Press, h. 76.
57 Syed Muhammad Naquib al-Attas (2001), Risalah Untuk Kaum Muslimin, Kuala Lumpur: Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam (ISTAC), h. 83.
58 Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 44.
58 ‘Ulwan, ‘Abd Allah Nasih (2003), Al-Syabab al-Muslim Fi Muwajahah al-tahdiyyat (terj.), Hasnan Kassan, Kuala Lumpur: YADIM, h. 150-151.
59 ‘Ulwan, ‘Abd Allah Nasih (2003), op. cit., h. 153-158.

Apakah Tarbiah Kita…???

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 2:56 pm

Apakah tarbiah kita mencukupi untuk melahirkan pakar ekonomi seperti Husam Musa? Atau tarbiah kita masih membincangkan isu-isu dalaman dan persoalan-persoalan lapuk?

Bagaimana tarbiah kampus masa sekarang dalam usaha melahirkan muslimah yang setanding Presiden Parti Keadilan Rakyat juga Ketua Pembangkang di Parlimen?

Maihkah kita masih membincangkan tentang aqidah dan perjuangan, atau konsep ibadah, atau akhlak dan adab, ataupun taaddud jamaah, sedangkan sekarang Pakatan Rakyat telah menguasasi lima buah negeri?
Masihkah kita ingin meneruskan tradisi lapuk atau mengekalkan pembawaan yang sama sedangkan masa sekarang jauh berbeza dengan masa dahulu? Bagaimana pula muslimah kita untuk menyaingi keberanian Nurul Izzah atau Rafidah Aziz?
Ayuh, satu perubahan mesti dijana. Bergeraklah sekarang, jangan menunggun masa berlalu sedangkan anda masih dengan pemikiran lama..

May 23, 2008

KOTOR. JIJIK, MEMUALKAN

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 6:43 am

KOTOR. JIJIK, MEMUALKAN

Charles Robert Darwin dalam The Origin Of Species melalui teori evolusinya telah mengelirukan sejarah kemanusiaan itu sendiri. Selepas berlalunya zaman beliau, muncul pula fahaman neo-darwinisme yang lebih melampau seperti The Big Bang Theory yang diperkenalkan oleh Abee Lemaitre. Sugmen Freud pula menimbulkan teori ‘kucing’, satu fahaman bahawa sesuatu agama itu wujud angkara seks dan iri hati. Ayah iri hati kepada anak lelaki yang menyusu dan si ibu iri hati dengan anak perempuan yang rapat dengan ayahnya. Justeru, agama muncul untuk mengawal perasaan yang terbit akibat seks dan kedengkian itu.

Barat sebenarnya bangkit berpandukan kepada pencerahan dan renaissance dunia Islam. Sekiranya tidak, mereka akan terus-menerus tenggelam dalam kejumudan yang dipersembahkan oleh Darwin, Freud, Aristotle, Archimedes, Phytagoras dan juga Institusi Gereja. Gereja pada zaman kegelapan Eropah terkenal dengan kebekuannya yang menghalang wujudnya pemikiran baru seperti yang dibawa oleh Galleo Galili dan Ptolemy. Kejumudan itulah yang memaksa Martin Luther memimpin satu gerakan reformasi sehingga memunculkan teori sekularisme dalam usaha membebaskan cengkaman gereja ke atas pemerintahan.

Hal ini diakui sendiri oleh Robert Briffault dalam Making Of Humanty, Henry Weaver dalam The Mainspring Of Human Progress, Dr. Gustave Len Bon dalam Islamic And Arabic Civilization dan beberapa tokoh sarjana terkemuka yang lain.

Erti kemanusiaan tenggelam angkara konspirasi dan pemikiran melampau ahli saintis yang hanya berpandukan akal semata-mata. Prof John Robinson telah mendedahkan segala konspirasi dan perancangan jahat zionis dalam memusnahkan tamadun kemanusiaa dalam karya beliau Proofs Of A Conspiracy. Victor E. Marsden dalam The Protocols Of The Learned Elders Of Zion dan Henry Ford dalam The International Jew turut mendedahkan protokol-protokol Zionis Antarabangsa yang didalangi oleh Dr. Theodore Hertzl.

Mereka bertujuan menenggelamkan umat Islam dengan tiupan racun liberalisme, sekularisme, sosialisme, komunisme dan juga nasionalisme. Antara proses yang dilakukan oleh mereka seperti proses mensosialkan wanita, membebaskan pemikiran daripada pimpinan wahyu, meruntuhkan institusi kekeluargaan, melemahkan perpaduan dan menimbulkan sengketa kalangan umat Islam sendiri.

Umat Islam akhirnya terkena racun wahan dengan berlebih-lebih dalam mencintai keduniaan dan takutkan kematian. Mereka mengikut jejak Yahudi dan Nasrani sehingga ke dalam lubang biawak; dari sudut tingkah laku, budaya, pemikiran dan juga moral. Maka munculkan serpihan ruwaibidat, gejala ghutha’ (buih) yang sifatnya bertelagah, fenomena kebejatan akal dan akhlak, budaya westernisasi dan pembaratan yang tidak terkawal selain pembebasan daripada ikatan keagamaan.

Saya memetik pandangan Henry Brooks Adams, “Moraliti adalah suatu kemewahan peribadi yang sangat mahal”. Dalam satu konsep pula, Tacitus menyebut, “Selama manusia ada, selama itu pula ada manusia yang tidak berakhlak”. Kata-kata Tacitus amat mencuit hati saya. Benar, tidak pernah ada tamadun setakat ini yang bebas daripada masalah manusiawi kecuali era nubuwwah yang hampir bebas seratus peratus. Manusia selalu sahaja menyalahgunakan nafsu untuk kepentingan mereka. Saya sering katakan kepada yang lain, bahawa nafsu itu penting dan ada kegunaannya, cuma yang salah apabila orang menyalahgunakannya.

Pemikiran liberal yang muncul agak melampau. Sebagai contoh fahaman feminisme yang ingin menyamaratakan hak antara lelaki dengan perempuan sedangkan Islam tidak pernah menyamaratakan hak secara mutlaq selain memberikan keadilan dan memartabatkan wanita setaraf dengan lelaki. Mereka tegar melaungkan slogan kebebasan yang tidak berpangkal sehingga mereka menuntut agar mereka turut diberi hak untuk menceraikan suami sendiri. Malah, mereka turut menyebarkan fahaman mereka yang dangkal itu melalui risalah-risalah dan internet. Namun yang menyedihkan apabla gerakan ini mendapat sokongan sedangkan gerakan keagamaan yang tulen pula ditentang.

Saya sangat terkejut melihat iklan rexona yang memualkan. Iklan menjadi semakin kotor, keji, dan busuk. Bermula dengan iklan tuala khusus wanita, bilik air, sabun, dan kini rexona yang memualkan. Berjaya juga perancangan Hertzl dalam menyesatkan wanita dan memperalatkannya dalam mengumpan umat Islam ke lembah kehinaan.

Slogannya, inilah nilai ketamadunan sekarang. Inilah moral. Ini kemanusiaan. Inilah gaya hidup up-to-date yang moderat dan terbuka. Manakala sesiapa yang tidak moderat pula dianggap sebagai puak ekstremis dan tradisionalis yang sudah lagi tidak diterima. Mereka tidak memahami konseo thawabit dan mutaghayyirat yang dibenarkan dalam Islam. Islam membenarkan imej moderat yang bersifat semasa tetapi tidaklah sampai ke peringkat dedah sana dan dedah sini.

Mereka tidak sedar bahawa Rasulullah SAW sudah memberikan amaran tentang berleluasanya zina, telanjangnya wanita, derhakanya anak, terdedahnya kekotoran akhlak sebagai petanda akhir zaman. Zina bukan sahaja berlaku di tempat-tempat tersembunyi, malah kini di mana-mana sahaja, termasuklah dalam komuter sekalipun yang disaksikan oleh puluhan mata tanpa perasaan silu dan sipu.

Sutopo berkata, “Godaan seks selalu menjadi ancaman bagi kehidupan dan kalau diikuti maka akibatnya adalah kehancuran”.

Dalam menjayakan perancangan mereka, Zionis Antarabangsa turut mendedahkan umat Islam kepada hiburan yang melampau, atau biasa kita istilahkan sebagai hedonisme. Hedonisme membawa pengertian, dunia adalah tempat untuk berhibur, sedangkan kehidupan semula selepas kematian adalah suatu hal kemustahilan. Sambutan Tahun Baru, Kemerdekaan dan sebagainya semuanya disambut dengan hiburan, sehinggalah kepada Hari Raya sekalipun.

Islam memang tidak mengharamkan hiburan, tetap jelasnya hiburan yang melupakan hakikat kematian dan kehidupan selepas kematian memang dicegah dalam Islam. Hiburan yang mencampurkan antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan ikhtilat sehingga memungkinkan zina amat ditegah dalam Islam. Malangnya umat Islam masa sekarang menjadikan hiburan sebagai kehidupan mereka dan mereka tidak boleh hidup tanpa hiburan.

Hiburan yang ada pada masa sekarang adalah hiburan yang mendekatkan muslim kepada batasan Barat yang dahagakan seks, abnormal dalam hubungan yang memungkinkan budaya gay dan lesbian, kemelampauan, kelucahan, dan apa sahaja yang menunjukkan rendahnya prestasi berfikir dan muramnya kekuatan beragama. Semuanya bebas. Manusia punya hak kebebasan yang tidak boleh disekat bersendikan hak asasi manusia yang mengetepikan nilai ketuhanan. Hidup muda hanya sekali maka perlu dipuaskan dengan nafsu yang melatah setiap masa.

Mordechai atau Karl Marx bila ditanya apakah ganti kepada tauhid uluhiyah menjawab, hiburan dan pementasan. Beliau bahkan menyifatkan agama sebagai candu kepada masyarakat. Ia berbeza dengan kefahaman kita tentang agama sebagaimana dihuraikan oleh Hassan al-Banna, Syed Qutb dan Sa’id Hawwa yang menggambarkan Islam sebagai petunjuk kehidupan yang luas dan meluas, mencakupi seluruh aspek kehidupan, berguna untuk kehidupan dunia dan kehidupan selepas kematian.

Saya melihat berdasarkan perbincangan dengan beberapa sahabat dan berhasilkan pengalaman, perkara terpenting perlu diubah oleh kerajaan kita adalah mengubah sistem pendidikan terlebih dahulu sebelum membersihkan media-media primer secara tadarruj. Sistem pendidikan mestilah satu bentuk pengajian yang dapat melunakkan hati menjadi khusyu’ dan menjadikan mata mudah menangis seperti digagaskan Sir Iqbal. Saya juga bermaksud kerajaan mesti melahirkan generasi baru terpelajar, terdidik dan beragama melalui sistem pendidikan sebagai satu persediaan rapi untuk negara bahkan dunia Islam akan datang.

Sistem pendidikan pada pandangan saya mestilah mementingkan fardhu ain terlebih dahulu sebelum penguasaan fardhu kifayah. Ia juga mesti bersifat tarbiah bukannya ta’lim semata-mata, dalam melahirkan bukan sekadar generasi yang soleh malah muslih, mutarabbi dan juga murabbi, alim dan juga mu’allim.

Makanya, pandangan al-Syatibi tentang pendidikan perlu dikaji semula.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor,

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Penulis boleh dilawqat dalam blog www.dzulkhairi.blogspot.com

May 19, 2008

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 8:59 am

Saya selalu katakan kepada teman-teman tentang dua fenomena malu yang sedang melanda ummah pada masa sekarang. Fenomena malu untuk mengaku diri sebagai ahli Umno selepas kekalahan teruk dalam Pru baru-baru ini dan fenomena malu untuk minum air Tongkat Ali selepas munculnya Radix.

Kawan saya Badri membeli satu paket Tongkat Ali untuk diminum bersama di rumah sewa, namun sebelah mata pun tidak dipandang. Sudah timbul satu perasaan malu dan paranoia yang mencengkam untuk mengambil Tongkat Ali yang sebetulnya tidak memberikan kesan yang baik tetapi sebaliknya. Boleh dikatakan hamper setiap orang menjadikan Radix sebagai pilihan, apatah lagi ternyata ia memberi kesan yang baik dan memuaskan.

Saya bukanlah ahli Hpa,malah saya berterus-terang bahawa saya langsung tidak meminati dunia perniagaan. Dunia saya adalah hadis-hadis nabawi, tafsir, penlisan dan pembacaan. Kalau saya menulis, saya boleh jadi sangat ghairah dan mengasyikkan. Namun Hpa adalah lambang kekuatan Islam, dan sepatutnya semua orang yang mengakui Islam sebagai agamanya menjadikan barangan Hpa sebagai pilihan.

Saya katakan kepada yang lain, kita mesti membeli barangan Hpa khususnya kopi Radix bukan kerana kesihatan tetapi kerana Islam itu sendiri. Kesihatan hanyalah sebagai satu nikmat dan faedah sampingan. Sebagaimana kita berwudhu’ dan solat kerana itu perintah Allah bukannyauntuk kecantikan dan kesihatan. Jika kita katakan bersujud untuk penyaluran darah ke ruangan kepala, maka lebih baik kita mengangkat kaki ke atas supaya darah mengalir ke kepala dalam kadar sepantas mungkin, atau kita membuat commando rest.

Seorang tua wanita Yahudi sanggup menunggu giliran teksi yan begitu lamasemata-mata tidak mahu menaiki teksi yang dipandu selain Yahudi. Seorang Yahudi yang lain sanggup berjalan jauh mencari rokok di kedai milik Yahudi untuk memberi keuntungan kepada bangsa kita. Doktrinisasi bahawa mereka bangsa yang unggul dan bangsa lain sebagai Goyim iaitu binatan binatang benar-benar meresap dalam diri mereka dan mereka benar-benar tunaikan segala perjanjian mereka untuk meninggikan martabat bangsa mereka dan menindas bangsa lain.

Saya tertawa melihat Piala Thomas. Malaysia lawan China atau Cina lawan China? Pada saya dakwah sudah perlu untuk melahirkan professional atau pakar dalam bidang sukan kerana sukan merupakan salah satu perangkap musuh dalam menjatuhkan umat Islam. Saya mencadangkan agar gerakan Islam khususnya yang sudah mempunyai tapak di Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor untuk mengambil inisiatif bagi mencari pengganti kepada Lee Chong Wei, Nicol Ann David dan mana-mana bidang sukan yang ada. Mereka bakal menjadi ikon yang bakal menarik golongan atlet dalam memudahkan urusan dakwah kelak.

Menjadi satu kesilapan bagi gerakan dakwah kampus apabila mereka hanya mencari orang yang sudah memiliki kefahaman dan komited dengan usrah untuk dilatih, walhal Islam itu pada hakikatnya luas dan syumul. Saya mengira, sudah tiba gerakan dakwah untuk membuka mata dan mencari mad’u daripada bentuk dan rencah yang lain untuk dilatih dan dibentuk. Pada masa sekarang, gerakan dakwah mesti bersedia untuk memimpin Negara dengan menyediakan seramai mungkin tenaga pakar dan professional dalam pelbagai bidang.

Abu Hasan Morad cukup bijak dengan filemnya Cinta Madinah. Ia merupakan satu alternaif yang sangat baik. Hanya artis mengenal artis, sebagaimana hanya jurulatih mengenal pemain di bawah asuhannya. Saya tidak mempunyai kepakaran untuk menarik golongan artis dan atlet, maka kita perlukan orang yang memiliki kefahaman tentang bidang tersebut untuk berdakwah. Ya, hanya jauhari mengenal manikam.

Sekarang, sepatutnya gerakan dakwah di seluruh kampus sudah mula mencatur ahli mereka untuk menguasai Malaysia mulai sekarang. Bagi yang mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi, mereka mesti bersedia untuk menguasai mana-mana syarikat yang boleh memberikan keuntungan yang besar selain Hpa selainmerangka satu plan bertindak untuk menerapkan ahli ke dalam mana-mana kemneterian yang berkait dengan soal perekonomian secara giat dan aktif.

Bagaimana pula dengan filem-filem yang perlu ditayangkan? Saya rasa, bukan persoalan filem, tetapi persoalannya yang perlu kita jawab buat masa sekarang adalah, siapakah mereka yang bakal mengisi kekosongan tersebut. Siapa pelakon dan pengarah filemnya? Justeru, perlu bagi gerakan dakwah untuk berusaha dan memikirkan strategi bertindak bukan sahaja menarik golongan pelakon yang ada pada masa sekarang bahkan melahirkan pelakon dan melatih orang yang berkemampuan dalam bidang pengarahan filem.

Sahabat saya Amilka dari Indonesia begitu bersemanat menceritakan tentang gelombang kebangkitan kesedaran yang sedang berlak di sana. Ternyata Partai Keadilan Sejahtera pantas merekrut dan mentarbiah ahli mereka,dari petani hinggalah pelakon, sehingakan mahasiswa sudah bersedia untuk berada dalam mana-mana ruang dalam parlimen apabila diperlukan kelak. Inilah kepantasan dakwah dan tarbiah.

Benar kata guru saya Ustaz Tayyib. Tarbiah takwin bukan lagi untuk membincangkan persoalan akidah dan dakwah secara teoretikel sebaliknya tarbiah adalah untuk melahirkan pakar. Tarbiah tidak boleh statik sebaliknya mesti sentiasa berubah sebagaimana pola putaran dunia yan pesat berubah. Jam tidak selama-lamanya menunjukkan waktu 12 pm, malah ia sentiasa bergerak dari minit ke minit. Begitu juga peikiran da pengalaman kita, sentiasa berubah dan bertambah dari masa ke masa, semasa ke semasa.

Haji Ismail Hpa ternyata berjaya merungkai satu bentuk dakwah gaya baru. Merancakkan ekonomi Islam, ternyata beliau bukanlah Pas, sebaliknya pejuang Islam yang komited dengan aktiviti dakwah. Gerakan dakwah harus menyedari bahawa mereka bukan melahirkan orang untuk Pas tetapi untuk Islam. Sesungguhnya Islam itu luas, maka sebagaimana luasnya Islam, seluas itulah kita harus bergerak.

May 6, 2008

SEKADAR MENCURI MASA

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 10:20 am

Bukan hanya 10 orang sahabat nabi yang dijamin syurga, malah ramai lagi. Namun 10 orang yang dijamin itu adalah 10 orang golongan elit yang mendapat tempat di hati Nabi SAW.

Abu Bakar adalah sahabat nabi yang paling utama, dan merupakan orang yang paling berpegang teguh dengan segala ajaran nabi. Beliau teguh mempertahankan segala arahan nabi meskipun keadaan meruncing dan ramai yang menentang. Bukan senang dalam era pemerintahan yang ditentang ramai, ramai yang murtad dikepalai oleh Malik bin Nuwairah, namun beliau teguh untuk mengutuskan tentera pimpinan Usamah untuk memerangi tentera Romawi yang terkenal dengan keperkasaan. Malah, beliau dalam masa yang sama mengutuskan 11 kumpulan tentera ke tempat berasingan untuk memerangi golongan murtad.

Nabi menyatakan Abu Bakar adalah orang yang paling dikasihi baginda. Sekiranya nabi boleh mengambil kekasih selain Allah, pasti Abu Bakar akan menjadi kekasih nabi. Apabila nabi menceritakan tentang lapan pintu syurga dan setiap orang masuk ke dalam berdasarkan amalan masing-masing, yang suka berpuasa ada pintu Rayyan, begitu juga golongan Mujahidin, Zahid dan lain-lain, Abu Bakar pula memasuki semua pintu tanpa halangan.

Bakar berasal daripada perkataan ‘Bikr’, iaitu dara. Bermakna Abu Bakar adalah ayah kepada anak dara. Anak Abu Bakar iaitu Aisyah adalah satu-satunya isteri nabi yang dikahwini semasa masih lagi dara. Justeru, beliau mendapat kemuliaan dengan panggilan sebagai Abu Bakar, ayah kepada seorang anak dara.

Bukan senang menjadi wanita bertuah seperti Aisyah. Baginda bermimpi supaya mengahwini Aisyah. Ini bermakna perkahwinan baginda mendapat restu malah merupakan perintah daripada langit. Kita pula sangat berbeza. Ramai kalangan kita yang beristikharah memilih jodoh, sedangkan Bukhari beristikharah untuk memasukkan hadis dalam kitabnya. Ramai juga kalangan kita beristikharah, tetapi tidak pernah mendapat petunjuk daripada langit. Ramai juga kalangan kita, selepas bertunang pun masih beristikharah, walhal istikharah tidak perlu banyak kali, yang perlu dibanyakkan adalah doa dan perancangan.

Aha, jangan lari topik perbincangan. Abu Bakar seorang yang sangat lembut hati. Aisyah tidak bersetuju nabi ingin melantik Abu Bakar menjadi Imam menggantikan nabi kerana beliau sering dan kuat menangis. Dibimbangi solat terganggu jika beliau yang menjadi Imam. Kita pula, tidak pernah terganggu solat kita kerana menangis. Jika kita menjadi Imam, makmum terasa rimas kerana tidak bersetuju dengan akhlak kita dan sebagainya. Jauh sekali perbezaannya, bagai langit dengan bumi.

Maka, kita patut renungi diri kita, jika Abu Bakar boleh memasuki mana-mana pintu syurga yang beliau kehendaki, kita pula, pintu mana yang layak untuk kita lalui? Fikirkanlah…

May 5, 2008

ADIKKU HAAFIZUDDIN

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 10:47 am

Haafizuddin bukanlah orang yang rapat dengan saya ketika di NP. Ketika itu saya hanya mendengar namanya melalui sahabat saya Hafiz Roslan. Kerap juga ia menyebut nama haafizuddin kerana ia adalah anak hasil Bait Muslim.

Sehinggalah apabila saya berbincang dengan sahabat-sahabat pimpinan, siapa yang paling layak untuk menggantikan tempat saya sebagai Presiden MPP NP, nama beliau naik dan dicalonkan sebagai calon terbaik. Ketika itu saya semakin ingin mengenali beliau, dan apakah kekuatan yang dimiliki oleh beliau sehingga memungkinkan beliau menggantikan tempat saya ketika itu.

Ya, haafizuddin seorang yang berwajah agak serius, dan beliau memang serius. Namun hanya wajahnya serius, hati beliau baik dan beliau pandai menghormati saya. Sejak beliau menggantikan saya, kami semakin rapat dan akrab, dan saya tidak menganggapnya sebagai orang lain lagi. Macam adik kandung sendiri, walau mungkin wajahnya tampak lebih tua berbanding saya.

Beliau tidam menampakkan kelibat beliau sebagai bekas Presiden MPP apabila menyambung pengajian di KL. Beliau lebih terlihat sebagai seorang yang selalu mengepalai demonstrasi yang diadakan, dan kadang-kadang menjadi Imam dan menyampiakn kuliah seadanya. Beliau bagi saya mempunyai pandangan yang agak baik tetapi kurang pandai untuk menyampaikan idea itu dalam rangka yang boleh diterima.

Sekarang beliau sekali lagi menggantikan saya sebagai YDP PMIUM. Mungkin ada yang terkejut tetapi sudah ramai yang menjangka. Apatah lagi beliau mendapat pencalonan yang agak tinggi untuk menjawat jawatan YDP bagi sebuah persatuan yang paling kontroversi di UM ini. Menjadi YDP kepada PMIUM adalah satu ujian yang agak berat. Beliau terpaksa melupakan banyak kesenangan dan kesusahan yang menimpa beliau adalah berganda-ganda.

Haafizuddin nyatanya seorang yang tabah dan berani menyahut cabaran. Keyakinan beliau terserlah melalui ucapannya yang pertama dalam AGM yang diadakan. Beliau tampaknya tidak mahu dibayangi oleh kepimpinan lepas dan mahu mengukir sejarah tersendiri. Kemudian beliau mempamerkan lagi kemampuan dan wibawa beliau dalam forum antara beliau dengan YDP MPMUM. Walaupun beliau masih baru dalam dunia sebagai ketua persatuan yang besar, tetapi nampaknya beliau mampu menyaingi YDP MPMUM yang lebih berpengalaman.

Haafizuddin tidak berseorangan dalam dunia kepemimpinan dan dakwah ini. Saudara Hasbi dan Faisal yang memegang jawatan dalam MPM turut bersama beliau untuk memimpin persatuan yang besar ini. Razak yang lincah dan pantas bekerja pula dilantik untuk menggerakan agenda dakwah dan Razak tidak mensia-siakan peluang dan ruang yang diberikan. Beliau sangat pantas bekerja dan mengatur gerak dengan cukup teratur. Kepemimpinan baru kali ini juga semakin tampak wibawa dengan watak dan personaliti yang dimiliki oleh Ridzuan Mohamad dan kebijaksanaan Khairuddin dan Razali, di samping Jabir yang rajin mengerah tenaga.

Kepemimpinan muslimat juga ternyata tidak kurang hebatnya. Perubahan pucuk pimpinan tertinggi muslimat yang biasa dipegang oleh student API berubah arah ke Fakulti Sains. Nur Fariza bukanlah calang-calang orang. Beliau adalah ayam sabung PMI di peringkat muslimat, dilatih secara khusus oleh Syarifah Azliza dan lain-lain. Beliau mempamerkan kredibiliti beliau melalui ucapan semasa demonstrasi. Ucapan yang saya kira, sangat hebat, mengancam, dan menggetarkan perasaan.

Haafizuddin tidak perlu bimbang lagi. Zaman Azlan, Umar, Syuhada’, Faridah, Asiah, Nazree, Naim, Hidayat, Syarifah, Asyanti, biarkan berlalu. Mereka hidup pada zaman mereka, manakala haafizuddin dan sahabat-sahabatnya harus mengukir sejarah tersendiri.

Selain itu juga, mereka memiliki Ismail Tok Guru, Dr Husna yang pintar, Amin yang kini memegang tampuk tertinggi pemadah, Tarmizi MSK, nabiilah yang berani dan lain-lain. Jika mereka pantas mengatur strategi, mereka boleh menguasai semua posisi dalam UM dalam masa yang singkat dan pantas.

Teruskan perjuanganmu, adikku. Kami percaya dengan kemampuanmu

April 23, 2008

MAHU JADI MACAM BRUCE LEE

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 5:53 am

Sedikit sebanyak saya mengetahui tentang seni mempertahankan diri. Nama Bruce Lee lagenda kungfu, Datuk Meor pengasas Silat Gayung, General Cheng Hoi pengasas Taekwon-Do, Omar Din Mauju yang unggul dalam Silat Lincah, Ustaz Hanafi dengan Silat Cekak, Park Jung Tae, Cikgu Abdul Majid, dan ramai lagi tokoh handalan dalam dunia seni mempertahankan diri.

Setiap seni ada kelebihan tersendiri. Silat mementingkan seni pertahanan walaupun kemungkinan terdapat juga silat yang bersifat menyerang. Tomoi pula mementingkan kepada kekuatan fizikal dan sangat berbahaya bagi sesiapa yang cuba bertarung jarak dekat dengan pengamal tomoi. Taekwon-Dao pula mengutamakan gerakan kaki berbanding tangan dan ia sangat sesuai untuk pertarungan jarak jauh.

Bruce Lee sebagaimana pengamal kungfu yang lain mula mengasah bakatnya dalam seni Wing Chun, yang melatih kekuatan dan kepantasan tangan. Tangan yang kuat dan pantas amat menakutkan. Kemudian beliau telah mengadakan beberapa upgrade terhadap beberapa seni yang ada lalu mengasaskan satu seni yang baru iaitu Jeet Kune Do, yang sesuai untuk ahli seni bela diri sepeti beliau; yang bergerak pantas dan kuat.

Beberapa kawan saya mempelajari Silat Seni Gayung Malaysia. Mereka kelihatan sangat bertenaga dan berani. Beberapa orang pula mempelajari seni Taekwon-Do. Apabila mereka menendang, kaki mereka begitu tinggi ke atas, ia tampak kurang sesuai untuk golongan feminin.

Sebenarnya seni mempertahankan diri ini, adalah warisan kenabian juga. Suatu ketika, Rukanah mencabar nabi untuk bertarung, atau biasa kita sebut sebagai sparring. Dalam pertarungan tersebut, nabi SAW berjaya mengalahkan Rukanah dalam satu usaha dakwah baginda. Zubayr al-Awwam merupakan orang pertama menghunuskan pedang pada jalan Allah sedangkan ketika itu beliau sangat muda. Dalam seni, terdapat satu seni permainan pedang. Saya lupa namanya, kendo atau apa.

Ninjutsu adalah antara seni yang agak menarik. Pengamal Ninjutsu dilatih berlari cara kijang di dalam hutan yang penuh dengan akar-akar dan duri. Mereka diberi masa untuk berlari pantas. Silambam merupakan permainan kayu yang terkenal kalangan India. India juga terkenal dengan Kalari Payat. Mereka sangat kuat, sesuai dengan gaya kehidupan mereka. Melihat bangsa India dan Kalari Payat, saya terkenang Bilal bin Rabbah yang berjaya membunuh panglima handalam Arab iaitu Umayyah bin Khalaf, bekas tuannya. Sa’ad bin Muaz juga sahabat nabi berkulit hitam yang syahid dan bidadari berebut-rebut mendapatkan jenazahnya sehingga ada yang terselak kain.

Orang muda lebih tertarik kepada Capoera, seni mempertahankan diri yang berasal daripada Brasil, yang lebih kepada gaya-gaya menarik yang pelik. Mark Dacascos antara pelakon dan pengamal yang handal dalam Capoera. Seni yang pelbagai ini lahir hasil pemikiran yang kreatif dan kritis, gaya kehidupan berbeza dan daripada pelbagai tempat.

Orang Parsi suatu ketika, terkenal dengan gaya mengalahkan musuh sebelum bertarung dengan menggali parit. Anak al-Walid pula dilatih dengan kekuatan fizikal dan pemikiran strategis. Hamzah lebih kepada keberanian yang melampau, seperti pemain tomoy atau Muay Thai yang keras tulang dan ototnya. Saad bin Abi Waqqas pemanah tepat, Ali pemain pedang yang handal, Umar ahli gusti yang gagah, Abdullah bin Mas’ud meskipun kecil namun beliaulah pembunuh Abu Jahal, dan begitu juga dengan Ikrimah bin Abu Jahal.

Dalam seni mempertahankan diri, tiada istilah orang berbadan besar akan menang. Saya pernah melihat seorang berbadan kecil menjatuhkan yang berbadan besar dengan satu tendangan jumping back-kick yang menarik. Seorang yang biasa bertumbuk tetapi tidak terlatih dengan kesenian, berdarah hidung dengan satu satu tendangan bebas oleh pemain taekwon-do. Seorang pengamal silat mampu menghadapi beberapa orang yang mengepung dengannya. Tangan kosong bertembung dengan kapak dan pisau.

Ia perkara biasa. Khalid membunuh 5000 ribu tentera Romawi terlatih dalam perang Mu’tah.

Makanya, saya teringat dengan pesanan guru saya, belajar silat merupakan satu kepentingan yang tidak boleh diremehkan…

SUATU RENUNGAN BERSAMA

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 5:51 am

Banyaknya Solat Istikharah Beliau

Imam al-Bukhari sangat unggul dan merupakan ulama yang paling terkenal dalam bidang hadis. Setiap kali beliau ingin memasukkan mana-mana hadis dalam kitabnya, beliau akan mengambil wudhu’ dan mengerjakan solat istikharah. Ini bermakna, beliau telah mengerjakan ratusan ribu rakaat solat istikharah. Itu baru solat istikharah, bukan lagi solat sunat yang lain.

Rahsia al-Syafei

Al-Syafei juga sangat hebat. Imam Ahmad selalu memuji-muji gurunya ini dihadapan anaknya. Satu ketika, anaknya menggesa Imam Ahmad untuk mengajak Imam a-Syafei menjadi tetamu mereka, agar dapat dipelajari sesuatu daripada ulama yang menjadi sebutan ayahnya. Apa yang aneh ialah, al-Syafei makan banyak sekali apabila dihidangkan makanan dan beliau tidak bangkit untuk menunaikan tahajud pada malamnya. Anak Imam Ahmad berasa aneh. Rupanya al-Syafei makan banyak kerana ingin mengambil berkat daripada Imam Ahmad yang merupakan seorang ulama hadis yang terkemuka. Malamnya pula al-Syafei sibuk memikirkan masalah ummah sehingga satu malam suntuk. Diriwayatkan juga beliau mengkhatamkan al-Quran sekali sehari dan dua kali sehari pada bulan Ramadhan.

Khusyu’nya Ibadat Mereka

Al-Zubayr Ibn al-Awwam ketika mengerjakan solat, bagaikan pokok yang tidak bergoyang walau sedikit. Thalhah bin ’Ubaydullah sangat berani dan handal berperang sehingga diibaratkan Rasul, suaranya sahaja lebih baik daripada 1000 orang tentera. Uthman mati dibunuh sedangkan mushaf al-Quran berada di tangannya. Beliau sangat rajin membaca al-Quran sehingga dikatakan beliau mengkhatamkan satu kali al-Quran dalam satu rakaat tahajud.

Keagungan Pemimpin

Umar al-Khattab meskipun pemimpin tertinggi umat Islam, hanya tidur di atas padang pasir tanpa seorang pengawal. Cicitnya Umar Abdul Aziz pula setiap malam menangis sehingga kedengaran esaknya di waktu sujud. Seorang sahabat nabi mengasingkan diri dalam rumah apabila turun ayat al-quran yang mencela sesiapa yang meninggikan suaranya di hadapan Rasul SAW. Sangka beliau ayat tersebut turun kepada beliau kerana suara beliau kebetulan memang kasar dan kuat. Beberapa sahabat nabi berasakan diri mereka munafiq. Abu Ubaydah Amir al-Jarrah berasakan lebih baik dirinya menjadi seperti kibasy, yang disembelih kemudiannya dimakan daripada bertemu Tuhan pada hari akhirat kelak.

Singa Padang Pasir

Anas bin Nadhr seorang tempang, dibunuh dan dicincang sehingga hanya saudara perempuannya sahaja yang mengenali mayatnya. Khalid al-Walid dalam satu peperangan berjaya membunuh 5000 tentera Rom dan sembilan bilah pedangnya telah patah. Jaafar bin Abu Talib dibunuh namun panji perang tetap berada di tangannya.

Maka Ternyatalah

Apabila kita membaca kisah-kisah mereka ini, barulah kita dapat mengukur sejauh mana sahaja tahap dan kedudukan kita. Ternyata benarlah kiasan, betapa jika dibandingkan dengan debu-debu yang terlekat di tapak kai mereka, ternyata debu-debu tersebut lebih mulia pada perkiaraan Allah.

Mereka Diingati, Kita Pula Dilupakan

Mereka lahir sebagai orang yang sangat mulia, hidup mereka dimuliakan, dan mereka meninggalkan dunia ini dengan penuh kemuliaan. Tulisan-tulisan, nasihat-nasihat dan pusaka-pusaka mereka tetap diwarisi sehingga sekarang. Kita bandingkan, tulisan kita seperti assignment sebagai contoh, tiada orang yang ingin membacanya malah kita sendiri tidak menyimpannya kadang-kadang. Tetapi imam-imam terdahulu, al-Ghazali sebagai contoh, tulisan beliau kekal samapi sekarang, dibaca dan direnung oleh pelbagai lapisan masyarakat, tua mahupun muda, lelaki mahupun perempuan, malah telah diterjemahan ke dalam pelbagai bahasa. Imam Malik sebagai contoh, setelah menyiapkan al-Muwatta’, beliau meletakkan kitab tersebut dalam sungai namun tidak tenggelam, menunjukkan kitab tersebut diberkati Allah.

Nasihat mereka dihafal dan dicatit, sedangkan nasihat kita berapa sahaja orang yang mahu mendengarnya dan berapa sahaja yang mencatit dan mengingatnya. Ternyata kita lebih hina berbanding dakwat-dakwat qalam yang mereka gunakan untuk menulis kitab-kitab mereka.

Sila Bandingkan

Ibn Taymiyah mengarang satu kitab tebal tentang Istiqamah. Saya fikirkan, kalau kita diberi masa untuk menulis tentang istiqamah, berapa muka surat sahaja mampu untuk kita coretkan? Kalau diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja tentang istiqamah, berapa jam atau berapa minit masa yang mampu kita manfaatkan? Masya-Allah, ulama yang terkenal, cukuplah syarahan Basmalah mengambil masa satu jam, belum lagi masuk kepada syarahan yang lain. Syarahannya meliputi aspek bahasa, balaghah, nahu, saraf, tafsir, asbab al-Nuzul, perbahasan ulama tentangnya, cara bacaannya, dan sebagainya.

Bayangkan, al-Syafei mampu mengetahui kesemua berkaitan al-Quran, nombor ayat, berada di bahagian mana, surah apa, juzu’ berapa, di mana dan bila turun, kenapa turun, dan sebagainya.

Bacalah karya Ibn Qayyim, pasti kita terpukau. Beleklah Tafsir al-Zamakhsyari, pasti mulut kita terlopong. Rujuklah al-Tabatabaei dalam tafsirnya yang luas. Bacalah tulisan Ibn al-Jauzi dalam Talbis Iblis dan Ibn Rajab Hanbali tentang hadis 50. kemudian tengok jugalah kitab karya ulama nusantara, Syeikh Daud Fatani sebagai contoh, atau Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi. Perhatikan kehebatan Fakhruddin al-Razi dalam Mafatihul Ghayb. Perbincangannya tentang tafsir dan alam semesta sangat meluas. Atau baca sahaja Ibn Rusyd yang menjawab pertikaian al-Ghazali dalam Tahafut al-Tahafut. Dalam dunia tasauf, tengok sahaja keindahan dan keunikan bahasa Ibn ‘Ataillah al-Sakandari. Kita tidak mampu memahaminya dalam konteks yang sebenar, jika difahami sekalipun, ia hanya dalam konteks yang sangat sempit dan kecil.

Perdebatan Yang Unggul

Semua guru yang mengajar di Masjidil Haram gerun dan tumbang apabila berdebat dengan al-Zamakhsyari. Akhirnya datanglan al-Ghazali lalu berlakulah berdebatan antara mereka berdua. Hari pertama perdebatan berlaku, ia hanya berkisar perkara asas dan semua hadirin mampu memahami apa yang mereka perdebatkan. Hari kedua menyaksikan perdebatan semakin rancak menyebabkan orang-orang biasa selain ulama tidak memahami apa yang mereka perdebatkan. Masuk hari terakhir, semua orang termasuk ulama tercengang mendengar isi dan inti pati perdebatan mereka. Langsung kalangan mereka tidak memahaminya.

Perdebatan itu berakhir dengan kejayaan al-Gahzali yang sebenarnya mendapat ilham dari langit setelah tidak mampu mengatasi kebijaksanaan al-Zamakhsyari, seorang ulama Muktazilah yang pakar dalam bidang bahasa.

Guru Yang Bijaksana

Seorang murid datang berguru dengan dengan seorang ulama yang soleh. Suatu hari mereka keluar mengembara. Guru dilantik menjadi ketua dalam pengembaraan mereka. Dalam perjalanan, hujan turun, lalu guru segera melindungi muridnya dengan pakaian. Muridnya bertanya, ”Kenapa guru yang melindungi saya. Sedangkan sepatutnya saya yang melindungi guru”. Gurunya tuntas menjawab, ”Saya adalah ketua dalam perjalanan hari ini, jadi sebagai ketua, saya mesti melindungi anak buah saya”.

Kemudiannya si murid pula menjadi ketua, dengan azam beliau ingin melindungi dan menjaga gurunya sebagai ketua dalam perjalanan. Tiba satu tempat, mereka berehat tidur. Sedar sahaja daripada jaga, beliau melihat gurunya sedang mengumpulkan kayu api. Lalu ia bertanya, ”Kenapa guru yang bersusah payah mengumpulkan kayu api sedangkan menjadi tanggungjawab saya sebagai ketua untuk melindungi dan menjaga anak buah saya?”. Gurunya menjawab, ”Sebagai anak buah, saya mesti melindungi ketua saya”. Nah, kita pula, apabila menjadi ketua, kita berasa diri sangat tinggi dan tidak layak untuk melakukan kerja-kerja yang kecil dan remeh. Walhal pada hakikatnya, kita adalah hamba Allah dan mereka juga begitu. Kita tidak pernah dijanjikan syurga oleh Allah, tetapi jawatan telah membuatkan hati kita menjadi gelap dan kita telah mengerahkan dan mengarahkan ahli kita untuk melakukan macam-macam sedangkan kita hanya bersenang-lenang. Fikir-fikirkan.

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.