Dzulkhairi’s Weblog

July 25, 2007

PMIUM bantah UM berpindah tapak

Filed under: Respon Isu — dzulkhairi @ 4:37 pm

Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya (PMIUM) dengan tegas membantah sebarang cadangan untuk memindahkan Universiti Malaya (UM) ke mana-mana lokasi baru seperti kawasan Sepang yang diuar-uarkan sebelum ini.

Kami mewakili semua mahasiswa UM menyokong penuh keputusan Lembaga Pengarah UM untuk mengekalkan lokasi kampus di Kuala Lumpur dan membantah sebarang cadangan mengenai usaha memindahkannya ke mana-mana tempat. Kami juga meminta Suruhanjaya Sekuriti menjelaskan kepada warga kampus berhubung hasrat syarikat hartanah, Guocoland (M) Berhad untuk memajukan tapak universiti itu.

Kami bersetuju dengan tindakan Persatuan Kakitangan Akademik UM, Alumni UM, pensyarah, pentadbir dan kakitangan UM dalam mendesak pihak berwajib untuk menolak segala perancangan tersebut.

Bahkan kami merayu agar pihak yang bertanggungjawab mengambil kira pandangan tokoh-tokoh sarjana negara seperti Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz, Dr Rozaidah Talib dan Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim yang tegas mempertahankan lokasi UM selama ini.

Usia emas UM KL yang hampir sama umurnya dengan kemerdekaan negara memberi nilai sejarah dan tradisi kesarjanaan yang begitu berharga kepada negara. UM yang melahirkan pelbagai tokoh yang sebahagiannya pernah berada di dalam rahim PMIUM seperti Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir Bin Toyo, YB. Senator Dr Fuad Zarkasi, YB. Ahmad Shabery Chik dan Dato’ Dr. Siddiq Fadhil.

UM dan lokasinya mempunyai perhubungan yang begitu erat umpama ikan dan air yang dikira sukar dipisahkan. Jika dipisahkan nescaya perasaan terhadap suasana UM akan berubah dan menjadi umpama universiti lain. UM Kuala Lumpur kini tidak akan sama sekali sama dengan UM di Sepang nanti.

Lokasi kini yang terletak di tengah-tengah kesibukan bandaraya KL wajar dikekalkan bertujuan mengimbangi situasi materialistik yang begitu mendominasi di samping turut menyumbang ke arah penjanaan budaya ilmu di kalangan warga kota dari sudut semangat, emosi, sentimental dan praktikal.

Hasrat membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat komersial dan perumahan, menerusi projek dianggarkan bernilai RM10 bilion dianggap dipengaruhi budaya materialistik yang tidak mengambil kira kepentingan sejarah dan tradisi ilmu di situ seperti yang dibimbangi oleh Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim. Bahkan keindahan alam sekitar UM dikhuatiri akan turut tercemar atas alasan pembangunan semata-mata.

Berhubung dengan hasrat Guocoland (M) Berhad, dicadangkan pihak terbabit cuba mengambil langkah sebaliknya dengan berani memajukan kawasan Sepang sebagai mewujudkan bandar satelit yang akhirnya dapat menyebarluaskan kawasan maju dan lengkap infrastrukturnya secara seimbang. Kejayaan yang diperolehi sudah pasti akan dihargai.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: