Dzulkhairi’s Weblog

August 27, 2007

GAMIS sokong Makkal Osai digantung

Filed under: Respon Isu — dzulkhairi @ 11:00 am
Gabungan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (GAMIS), dengan tegas menyokong penuh keputusan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) menggantung permit penerbitan akhbar harian bahasa Tamil “Makkal Osai” selama sebulan mulai 24 Ogos sehingga 24 September kerana menyiarkan iklan yang memuatkan karikatur Nabi Isa memegang sebatang rokok dan setin minuman.
Perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut perlu dibanteras kerana ia benar-benar menyinggung agama Islam dan Kristian. Meskipun Nabi Isa lebih dianggap sinonim dengan agama Kristian oleh beberapa pihak, namun menurut kepercayaan Islam, Nabi Isa juga merupakan nabi umat Islam seperti nabi-nabi terdahulu berdasarkan rukun iman agama Islam iaitu percaya kepada nabi-nabi. Justeru, perlakuan tersebut amat menyebabkan umat Islam berasa marah.
Archbishop Kuala Lumpur, Dato’ Murphy Pakiam, juga turut menyatakan bahawa penyiaran kartun tersebut merupakan sesuatu yang cukup menyinggung sentimen perasaan penganut Katholik. Jika keadaan ini tidak dibendung, dikhuatiri akan menimbulkan pertelingkahan agama dan kaum yang teruk. Persoalan agama amat berkait rapat dengan sesuatu kaum. Jadi, ia perlu diambil perhatian segera.
Dalam pada itu, GAMIS juga mengucapkan tahniah kepada MIC dan parti politik yang lain yang mengutuk keras perbuatan tersebut. MIC sebelum ini telah membuat laporan polis berhubung penyiaran gambar itu. Tindakan ini perlu dipuji dan dicontohi oleh pihak lain demi mengekalkan keharmonian hubungan agama di Malaysia.
Sebelum ini, kita digemparkan dengan tindakan biadap surat khabar terbesar Denmark, Jyllands Posten yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad. Hasilnya, umat Islam seluruh dunia bangkit meluahkan kemarahan terhadap Denmark. Ia benar-benar menyebabkan dunia bergolak. Tindakan biadap ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia.
GAMIS juga tidak mahu anasir-anasir yang dibawa oleh beberapa peribadi kontroversi seperti Salman Rushdie dengan Satanic Versus di samping beberapa kenyataan Farish Nor, Kasim Ahmad, Astora Jabat dan sebagainya berulang lagi. Hal ini amat menggusarkan umat Islam terutamanya orang awam akan mudah terpengaruh.
Sebagai mencontohi tindakan KKDN terhadap Makkal Osai, pihak berwajib juga ‘wajib’ menghalang dan mengharamkan tayangan filem Evan Almigthy. Secara logik, filem ini lebih teruk berbanding akhbar Makkal Osai kerana ia jelas menghina Tuhan dan mempersendakan Nabi Nuh. Filem ini yang dihasilkan oleh penerbit sama dengan filem Bruce Almighty sepatutnya disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia.
Filem tersebut dianggap menghina Tuhan kerana digambarkan dalam bentuk manusia dan mempersendakan Nabi Nuh kerana dipaparkan dalam bentuk Nabi Moden. Lembaga Penapisan Filem perlu bertindak tegas dalam hal ini. Para ulama seperti Mufti Perak, Kedah dan Timbalan Mufti Negeri Sembilan juga telah membantah keras terhadap tayangan filem tersebut.
Akhirnya, GAMIS mewakili suara gagasan mahasiswa menggesa semua pihak perlu bertindak tegas tanpa berpeluk tubuh hanya memerhatikan agama suci dihina dan membiarkan keharmonian agama dan kaum di Malaysia terjejas disebabkan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

1 Comment »

  1. salam,sedikit teguran: sila pastikan kesilapan teknikal kecil seperti ” Gabungan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(GAMIS)” yang sepatutnya ditulis dengan Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS). tahniah dan syabas atas artikel yang dikeluarkan.

    Comment by ibnu ali — September 7, 2007 @ 1:29 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: