Dzulkhairi’s Weblog

September 6, 2007

Contohi Metodologi Kemenangan Abdullah Gul.

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 8:41 am

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) menyeru masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan rakyat Malaysia umumnya melihat kemenangan Menteri Luar, Abdullah Gul dalam pusingan ketiga pemilihan presiden Turki sebagai satu kejayaan bermakna yang dapat memberi inspirasi tersirat kepada masyarakat Malaysia.

Gamis amat menyokong pemilihan beliau berdasarkan komitmen beliau yang mampu memberi kelebihan dari sudut memajukan Turki selama 7 tahun. Bahkan, Gamis mendapati usaha secara beransur-ansur parti yang dianggotainya, AKP menerapkan elemen nilai keadilan dan kebenaran dalam konteks pemerintahan di Turki secara berhikmah yang dilihat sebagai satu tindakan bijak yang perlu dicontohi oleh masyarakat Malaysia.

Abdullah merupakan seorang diplomat yang dihormati sejak Parti Adalet ve Kalkinma Partisi (Parti Kebajikan dan Pembangunan – AKP) memperoleh kemenangan pada tahun 2002 sekali gus menjamin rancangan penyertaan Turki dalam Kesatuan Eropah (EU). Turki memiliki kira-kira 99 peratus penduduk Islam. Tetapi negara itu mengaplikasikan dasar anti nilai keadilan yang ketat sejak negara moden ditubuhkan pada tahun 1924 di atas kehancuran Daulah Uthmaniyah,

Kenyataan ini dapat dilihat bagaimana pihak tentera yang pernah melakukan tiga rampasan kuasa sebelum ini, membuat kenyataan yang ia berazam mengambil tindakan atas alasan mahu melindungi sistem anti keadilan Turki. Pemimpinnya kini, Recep Tayyip Erdogan yang pernah berjawatan sebagai Datuk Bandar Istanbul dihukum penjara pada 2002 selama 10 bulan kerana bersajak tentang masjid semata-mata. Jelas di sini bahawa tiada nilai keadilan yang diguna pakai.

Ideologi nasionalisme sekular bertapak kukuh sejak gerakan Turki Muda bergerak dalam masyarakatnya. Justeru, usaha untuk menyemai nilai murni dilihat begitu sukar. Kelompok ini sangat kuat pengaruhnya di Turki. Mereka yang merangkumi tentera Turki, memainkan peranan penting dalam pentadbiran Turki. Mereka merasakan AKP melindungi agenda Islam secara rahsia.

Mereka juga bimbang jika AKP akan bebas atau sewenang-wenangnya melaksanakan dasar- dasar Islam serta membeza-bezakan agama serta negara jika diberikan kedudukan tinggi dalam pentadbiran negara. Ketika mana berlaku ketidakselesaan antara parti-parti politik di Turki menjelang pilihan raya, negara itu turut menyaksikan demonstrasi besar-besaran yang boleh sahaja dianggap membimbangkan.

Laporan media Turki menyebut, kira-kira 500,000 orang atau hampir setengah juta orang berhimpun di Ankara pada 14 April lepas bagi menyatakan bantahan terhadap kumpulan Islamik demi mempertahankan sistem sekular di negara itu. Laporan-laporan turut menyebut bahawa mereka melaung-laungkan slogan seperti ‘Turki negara sekular dan tetap akan sekular’ serta ‘Kami tidak mahu imam menjadi Presiden’ bagi memprotes kemungkinan Perdana Menteri atau mana-mana ahli AKP bertanding dalam pilihan raya Presiden.

Namun, akhirnya kebenaran tetap akan jelas juga. Presiden Turki ke 10, Ahmet Necdet Sezer, akhirnya diganti juga oleh Abdullah Gul setelah menang 339 undi daripada 550 anggota Parlimen, melepasi majoriti mudah sebanyak 276 undi sebagai syarat menang pengundian buat kali ketiga. Kemenangan ini sudah pasti mengembirakan terutamanya mahasiswa Islam kerana mahasiswa mendapati semasa era Ahmet, beliau dikenali sebagai bekas hakim yang sangat sekular. Bahkan, beliau bertanggungjawab menyekat undang-undang menjadikan penzinaan itu sebagai satu jenayah. Sekatan ini memang tidak masuk akal.

Akhirnya, Gamis berpendirian bahawa masyarakat Malaysia perlu bertindak secara berterusan untuk menerapkan nilai keadilan secara berakar umbi di samping wajar memberi sokongan tulus kepada golongan yang memperjuangkan keadilan khususnya mahasiswa. Mudah-mudahan nilai kebenaran dan kebaikan yang ingin ditonjolkan dapat diberi perhatian dan mendapat tempat terutamanya masyarakat Malaysia.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: