Dzulkhairi’s Weblog

October 20, 2007

Perutusan Aidilfitri

Filed under: Fikrah Penulis — dzulkhairi @ 12:05 pm

Ramadhan telah beberapa hari berlalu pergi meninggalkan kita, dan kini Aidilfitri pula menjengah dengan membawa keceriaan, kebahagiaan dan 1001 rahmat tersirat. Kedatangan Aidilfitri seolah-olah merupakan hari sambutan kemenangan bagi umat Islam bukan sahaja kerana telah berjaya menyempurnakan puasa sebulan Ramadhan, tetapi juga sebagai perayaan kemenangan bagi kejayaan kita dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang lalu. Walaupun kita tidak dapat merangkul majoriti kerusi yang dipertandingkan, namun keberhasilan kita dalam menambah jumlah kerusi yang dimenangi merupakan suatu kemenangan. Puji-pujian tetap kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana kita masih berjaya mengekalkan kerusi dengan memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kejayaan tersebut kembali mengingatkan kita kepada ibrah atau pengajaran Perang Badar yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. pada detik 17 Ramadhan tahun ke- 2 Hijrah.Antara pengajaran yang didapati daripada peristiwa Perang Badar ialah perang ini terjadi pada bulan Ramadhan. Walaupun umat Islam menghadapi suasana getir ketika menghadapi musuh, namun ia tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk terus berpuasa. Inilah sebenarnya yang menguatkan umat Islam pada ketika itu. Keadaan ini serupa dengan Pilihan Raya Kampus (PRK) di seluruh institusi pengajian tinggi yang turut diadakan pada bulan Ramadhan, iaitu bermula dengan Hari Penamaan Calon pada 26 September 2007 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1428 Hijrah, sementara hari membuang undi pula pada 2 Oktober 2007 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1428 Hijrah. Mungkin inilah juga antara hikmah kita ‘berperang’ di bulan Ramadhan, yang mana pada bulan ini kita mendapat kekuatan melalui ibadah puasa yang kita jalani, ibadah tarawih pada malam hari dan qiyamullail di sepertiga malam. Selain itu, dari segi kelengkapan dan peralatan perang kaum Muslimin dalam Perang Badar hanya ala kadar, iaitu 2 ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai 3 orang. Dari segi jumlah tentera pula, kaum Muslimin hanya berjumlah 313 orang yang terdiri daripada 82 Muhajirin, 61 daripada Suku Aus dan 170 daripada Suku Khazraj dan jumlah kecil ini mampu menghadapi kekuatan 1000 orang Kafir Quraisy yang lengkap bersenjata. Hal ini serupa dengan keadaan kita dalam menghadapi PRK dengan suasana yang serba kurang dari segi ‘persenjataan’ dan ‘kelengkapan perang.’ Begitu juga jumlah ‘pekerja’ yang bertungkus-lumus dalam menghadapi PRK adalah sedikit kerana kita bekerja secara sukarela dan seikhlas hati kerana Allah, bukan kerana ditawarkan apa-apa ‘habuan’ dunia. Lantaran keletihan dan kelelahan yang kita hadapi sepanjang musim PRK yang lalu, kedatangan Aidilfitri kali ini terasa lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya, kerana kedatangannya seolah-olah untuk menyambut kemenangan dan membawa kegembiraan kepada kita. Bersama-samalah kita bersyukur kepada Allah di atas percaturannya yang sangat cantik, sesuai dengan Kebesaran dan Keagungan-Nya. Walaupun begitu, janganlah kita semakin alpa dan leka dengan kemenangan yang dikecapi ini, kerana mungkin Allah sengaja mahu menguji kita. Hendaklah kita terus tingkatkan usaha dan megatur strategi demi mengekalkan kemenangan, bahkan berusaha untuk ‘marampas’ majoriti kerusi yang diduduki oleh pihak lawan. Untuk akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh ahli Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), seterusnya kepada seluruh umat Islam yang mendokong dan menyokong perjuangan Islam.Sekian.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: