Dzulkhairi’s Weblog

February 13, 2008

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 10:14 am
Aku ingin sekali menjadi lelaki seperti Dia,
Yang tegar bangun di celah-celah dengkuran ummah,
Ia bangkit dan ia menggegar,
Pidatonya menyedarkan yang terlena,
Kasihnya kepada bumi Afghan,
Lalu ia taburi dan simbahi,
Bumi jihad dengan darah dan keringatnya…Sheikh Abdullah Azzam

Aku juga ingin menjadi seperti lelaki ini,
Wibawa tinggi bak langit menjulang,
Hati bernyala memuncak,
Bagaikan akar yang menggenggam pepohonan Islam,
Aduhai, pendekar al-Qaradhawi.
begitulah kita, kita hanya mampu berangan-angan menjadi seperti mereka sekiranya kita masih lagi bersikat sebegini. aku sentiasa bermuhasabah, betapa lemahnya aku dan betapa jauhnya aku daripada mereka. namun sekurang-kurangnya aku menanam satu sikap, bahawa aku sangat mengasihi mereka, dan harap sekali dapat bersama-sama mereka di syurga kelak. dr abdullah azzam adalah seorang pensyarah yang meninggalkan kerjayanya demi memperjuangan Islam di bumi jihad afghanistan. al-qaradhawi pula penasihat agama ikhwan yang tidak pernah gentar dengan sebarang ancaman dan ugutan. berlainan sekali dengan kita. semasa belajar, kita berhati-hati kerana auku. selepas belajar, kita berhati-hati kerana membina karier. kita takut kerjaya kita terjejas kerana berada di pihak yang benar. ingat sahabat, sekali kita beralasan, selama-lamanya kita akan beralasan. tabiat singa berhati kambing, beralasan tidak mahu mencari buruan kerana sakit perut termakan lipan. moga-mga Allah terus menetapkan hati ini dalam jalan perjuangannya yang suci lagi murni.
hamba yang faqir kepada Allah, dzul khairi..

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: