Dzulkhairi’s Weblog

February 13, 2008

ORANG MUDA DAN POLITIK

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 8:15 am
Kadang-kadang agak boring menjadi student yang dikongkong dengan pelbagai sekatan khususnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Kalau dikatakan yang mengikat anjing daripada bertindak liar dan ganas kepada orang lain adalah rantainya, maka yang merantai berkembangnya pemikiran dan meluasnya ufuk pandangan student adalah AUKU.
Saya tertarik dengan satu kata-kata yang menggambarkan keadaan dan dilemma yang sedang melanda orang-orang cerdik pandai masa sekarang. Singa berhati kambing. Ia merupakan seekor singa yang garang tetapi ia memiliki hati seekor kambing yang takutkan serigala.
Seekor singa yang dianggap sebagai raja rimba, memiliki kapasiti mekaluk yang tinggi dan kekuatan yang tekal. Tetapi malangnya singa tersebut telah di’santau’ sehingga akhirnya ia tidak lagi mampu memburu sebaliknya diburu. Santau itu telah membuatkan singa yang garang dan berkuasa itu seperti kambing yang hanya meragut rumput, tiada cabaran dan tidak perlu bersusah payah.
Singa yang berhati singa akan berusaha mengejar buruan untuk mengisi perut yang kelaparan. Ia akan berlari pantas semata-mata mengejar buruan dan ngaumannya sahaja sudah cukup untuk menakutkan. Segala kijang dan rusa serta binatang-binatang lain akan gentar dan gementar, ada yang terus terpaku tidak bergerak dan ada yang berlari ‘kecil kepala’.
Tapi singa sekarang hanya disuap dan disuap. Rumput sudah disediakan sehingga biologi kehidupan singa itu berubah. Ia tidak lagi bernafsu melihat kijang yang berlari, lagipun ia berasa malas sekali mengejar kijang yang kencang berlari itu. Ia akan melihat dengan lerekan mata tetapi tidak mempunyai daya. Akhirnya, ia hanya mengisi perutnya dengan rumput yang diberikan tuannya.
Itulah keadaan student pengajian tinggi masa sekarang. Mereka hanya terperap dalam bilik-bilik kuliah, kononnya dengan berada dalam bilik kuliah, ilmu mereka bertambah dan mereka akan berkembang. Mereka lupa bahawa pemimpin yang memegang tampuk dunia tidak lahir dalam bilik-bilik kuliah, sebaliknya pemimpin dalam kancah derita masyarakat.
Saya berasa kehairanan apabila student dilarang berpolitik. Biasanya nasihat yang diberikan adalah, “Kamu belajar dulu, lepas belajar kamu buatlah apa sahaja yang kamu suka”. Lepas belajar, nasihat yang bakal menyusul adalah, “Kalau kamu terlibat dengan politik, karier kamu akan terancam”. Begitu juga biasa nasihat yang diberikan adalah, “Apa lagi yang kamu tidak berpuas hati? Bukankah kerajaan telah menyediakan segalanya kepada kamu”.
Kalau saya menjadi penganalisis politik, akan saya katakan kerajaan sanggup melakukan apa sahaja demi politik. Kerajaan telah mempolitikkan institusi-institusi pengajian tinggi. Malah mereka boleh mengongkong yang bergelar professor, professor madya, malah naib-naib canselor berserta timbalan-timbalan mereka. Semua orang ketakutan. Budaya paranoia semakin menular. Paranoia itu kemudiannya ditanam dalam diri student yang menjadi mangsa keadaan.
Saya berpandangan mahasiswa dan sesiapa sahaja staff universiti sepatutnya dibenarkan berpolitik. Ini tidak, ada sahaja mata-mata yang bertindak memberikan laporan jika ada mana-mana terlibat dengan politik. Yang menjadi perisik, mereka tidak sedar bahawa kiri dan kanan mereka juga ada perisik yang disediakan khusus oleh Allah untuk mengawal selia mereka.
Benarkan orang muda berpolitik, dan jangan sekali-kali mempolitikkan mereka. Apabila budaya mempolitikkan sesuatu perkara, itulah menjadi penyebab utama perkembangan tidak dapat diteruskan dengan sempurna. Ia menjadi sempit dari hari ke hari, dari masa ke masa, dari tika ke tika.
Tuan-tuan guru dipolitikkan, pensyarah dipolitikkan, student begitu juga, malah pekebun-pekebun dan pesawah termasuklah suri rumah sekalipun dipolitikkan. Mereka ditakut-takutkan. Sehingga sangat pelik apabila penjual burger pun ketakutan.
Saya cukup hairan. Apakah kerajaan berbangga dan bersenang hati dapat mengekang dan mengongkong rakyat mereka? Apakah mereka mendabik dada apabila mereka tampak kuat dengan mengurangkan kekuatan orang lain serta hanya mempamerkan kelemahan orang?
Kenapa student tidak dilarang daripada terlibat dalam program-program maksiat seperti reality tv. Kenapa student tidak dilarang daripada menyertai pesta-pesta maksiat dengan menghantar mata-mata mengawal? Kenapa mata-mata hanya bertindak menjaga orang yang berdemonstrasi mempertahankan kebenaran, berpolitik demi kesejahteraan?. Ternyata mereka buta, dan mata hati mereka juga turut buta.
Akhirnya, singa yang sepatutnya menjadikan kijang sebagai santapan hanya terpaksa meneruskan tabiat kambing dengan makanan rutinnya.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: