Dzulkhairi’s Weblog

February 15, 2008

AKU INGIN BERKONGSI TENTANG IMPIAN

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 6:13 am

Setiap orang punya impian, aku juga begitu. Aku juga berimpian besar, dan ia tampak sebagai satu angan-angan yang kadang-kadang lucu, tetapi aku memang serius ketika itu.

Apabila aku memasuki Kusza, kami pelajar baru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aku kebetulan sekumpulan dengan hidayat yang kemudiannya kekal menjadi temanku di UM, satu saff kepimpinan dalam Pmi. Ketika itu, fasi meminta kami melukis apa sahaja impian kami pada masa depan. Apa sahaja yang menjadi impian…

Aku melukis gambar seorang yang ditutup kepala, sedang diseksa dan terdapat seorang algojo berserta anjing liarnya untuk menyeksa lelaki tersebut. Lalu, ketika aku diminta untuk menerangkan apakah impianku itu, aku menerangkan bahawa pemuda yang ditutup kepala itu adalah aku. Ini adalah sebuah gambaran bahawa aku sedang diseksa oleh musuh Islam kerana perjuanganku, dan akhirnya aku sedang dalam saat-saat yang sangat kurindui iaitu al-Syahadah. Dan aku tegaskan kepada fasiku, bahawa aku ingin sekali syahid ketika berusia 40 tahun.

Kematian sebagai syuhada’ benar-benar menjadi impianku ketika itu. Aku sendiri tidak tahu dari mana semangat yang aku dapat, tetapi ia sangat mencengkam qalbu, dan aku kerap bermonolog betapa indahnya jika aku mati sebagai syuhada’. Mati yang amat membanggakan dan menjadi satu keizzahan apabila berjumpa Tuhan kelak.

Aku juga pernah menulis satu cerita pendek berkenaan masa depanku. Ketika itu, aku baru sahaja menjejak usia 17 atau 18 tahun. Aku yang bersemangat dan tenggelam dalam fantasi jihad tadi, asyik bermonolog keseorangan dan membayangkan betapa aku berjuang pada jalan Allah dan akhirnya syahid sebagai seorang pejuang. Dalam cerita tersebut, aku bayangkan bahawa kelak aku akan menjadi presiden Pmi dan juga Gamis. Ketika itu aku tidak kenal pun apa itu Pmi dan apa itu Gamis, tetapi aku hanya mengagak bahawa itu platform yang tegar memperjungkan Islam.

Kesudahan cerita pendek itu, aku akhirnya ditembak mati dalam satu pendakwaan di mahkamah atas tuduhan tidak lain tidak bukan, keganasan. Walhal aku hanya berjihad, dalam landasan yang benar. Aku membayangkan ketika itu juga yang turut terkorban bersama aku adalah al-Qaradawi. Alangkah, begitulah impianku.

Mungkin kerana ketika itu aku sangat cintakan perjuangan al-Banna dan sering kali aku sertakan gambarku di sisi al-Banna, seolah-olah aku mewarisi perjuangannya yang suci. Aku juga mencintai Mustafa Masyhur dan ilmu yang dimilikinya. Malah ketika itu, buku-buku haraki menjadi makananku meskipun aku sendiri teraba-raba, apakah harakah dan apakah jihad itu sendiri dalam konteks dan rangka yang sebenar.

Aku sudah membaca segala sirah nabi sejak aku kecil, dan aku sangat cintakan sejarah para anbiya’. Sebut sahaja nabi mana, kisah apa, pasti ia ada dalam memoriku. Ketika itu, barangkali aku baru menjejak usia sembilan tahun. Aku juga mula mencintai al-Banna dan jihadnya apabila berada di bangku menengah meskipun tiada siapa pun yang memperkenalkan tokoh agung ini kepadaku. Aku juga sudah mengenali Zainab al-Ghazali dan Sa’id Hawwa. Aku juga mengenali Mustafa Masyhur dan Syed Qutb. Aku cinta kepada mereka dan ingin sekali aku mengikuti jejak langkah mereka.

Namun akhirnya aku mengenali dunia perjuangan sebenar setelah aku menjejakkan kaki ke bumi Nilam Puri NP. Di sana, aku mengenali Fadzil yang tenang, murtadha yang bersemangat, syed yang aku hormati, azmi yang lincah, umar yang kritikal, husna yang cerdik, asyanti yang tegas, dan lain-lain. Di sana aku mengenali ust shukeri yang banyak membimbing dan mendidik aku.

Akhirnya aku katakan, jihad bukan hanya satu laungan, dan syahid bukan hanya angan-angan. Perjuangan bukannya mudah, dan bukan mudah membentuk jiwa sang pemberani. Apa yang aku impikan selama ini, bukannya impian tetapi hanya angan-angan. Angan-angan yang lahir daripada semangat kosong bukan daripada jiwa yang sebenar dan bukan dari hati yang bercahaya.

Aku mula mengenali ukhuwah yang indah. Bersama abe we yang pernah aku menangis kerananya, suhaili dan nik yang pernah sebilik denganku, ilham yang gemar berbicara tentang silat, azmi yang paling akrab, yusri yang bermotivasi, shahir dan badri yang sekalu bersembunyi ketika makan pisang goreng, dan lain-lain. Ukhuwah yang bukan lahir kerana perasaan jiwang atau bermanja-manja, tetapi ukhuwah atas nama sebuah perjuangan yang suci.

Dengan itulah aku ingin sekali menasihati anak-anak muda yang bersemangat. Sesungguhnya aku dahulu juga sekian semangatnya, citakan dan cintakan syahid, tetapi ingatlah, perjuangan bukan hanya laungan dan syahid bukan hanya angan-angan. Jangan mudah mengungkapkan kalimah bahawa anda bersedia untuk mati syahid sedangkan anda sendiri tidak berani menempuh dunia semasa dengan keberanian anda.

Jangan anda hanya melaungkan jihad sedangkan anda sendiri tidak pernah berada dalam medan jihad yang sebenarnya. Jangan anda katakan dakwah sekiranya anda sendiri tidak pernah bersedih dan berduka terhadap derita ummah. Jangan anda katakan bahawa anda ingin mengubah nasib bangsa dan ummah sedangkan nasib dan kehidupan anda sendiri masih di takuk lama.

Sebetulnya, semua nasihat tadi bukan untuk anda, sebaliknya untuk diri saya yang sentiasa leka dan alpa…wahai diri, kamu benar-benar sang pendurhaka…

3 Comments »

  1. salaam..
    tahniah..!!atas usaha menulis..
    hmm..bagus ustaz..menulis utk berkongsi pengalaman..bg ana tu satu latihan yg baik..terutama bile kite ni baru2 nak biasakan diri dgn penulisan..mule2 tulis dlm blog, nnt blh tulis kitab pulak..ana doakan..insyaALLAH..teruskan usaha..!!

    Comment by bintu zul — February 15, 2008 @ 3:33 pm

  2. “realisasikn impian jadi kenyataan”
    ia tak semudah seperti yang diungkapkan. namun,ia tidak mustahil untuk dizahirkan menjadi kejayaan.tujuan benar.guna jalan n cara yang jelas dan terang. I’Allah

    Comment by nEmo — February 16, 2008 @ 4:43 am

  3. salam ya akhi dzul..akhir2 ini sering saja akhi mengenang kisah lama…erm menarik sekali…memberi inspirasi buat diri yg lemah ini..terus maju!

    Comment by Aku Bukan Umar Al-Khatab — February 18, 2008 @ 4:54 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: