Dzulkhairi’s Weblog

February 19, 2008

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 11:12 am

Pesan Ma
”Ngah, belajar elok-elok, nanti besar boleh jadi orang kaya.
Barulah boleh bagi ma macam-macam hadiah”

Jawab saya (dalam hati)
“Alamak, mati aku kena beli hadiah banyak-banyak,” (sambil meraba-raba poket)

Pesan Ma
“Ngah, ngah tu keturunan Tok Pulai Chondong. Ma harap sangat ada sorang anak Ma yang akan mewarisi kesolehan beliau”

Jawab saya (dalam hati)
“Ish, ma aku ni, perli aku ke? Aku tau la perangai aku teruk”

Pesan Ma
“Ngah, hati-hati dengan politik. Jangan terlalu menonjol, habiskan pelajaran terlebih dahulu”

Jawab saya (dalam hati)
“Ala ma ni, releksla, tak syokla kalau tak berpolitik”

Pesan Ma
“Ngah, nanti habis belajar, ambil duit ma, bayar semua Ptptn, jangan berhutang lama-lama”

Jawab saya (dalam hati)
“Yeye…senangnya dalam hati”

Pesan Ma
“Ngah, tahun depan kena kahwin juga. Ma tak kira, tahun depan kena kahwin”

Jawab saya (dalam hati)
“Tak suruh pun memang ngah nak kawen”

Pesan Ma
”Ngah kena jadi contoh taulan kepada adik beradik yang lain”

Jawab saya (dalam hati)
“Tapi kan ma, yang lain lebih baik dari ngah la”

Pesan Ma
”Ngah, ma nak ngah nasihat ma jika ma ada buat apa-apa silap dan salah”

Jawab saya (dalam hati)
“Malula…”

Para pembaca dan pengunjung blog saya yang saya kasihi, sengaja saya paparkan beberapa pesan ibu saya kepada saya. Bukan untuk suka-suka, tetapi saya ingin menyatakan, betapa sayang dan kasihnya ibu kepada kita. Mereka mempunyai harapan yang sangat besar untuk kita realisasikan.

Tidak guna perjuangan ini jika kita melupakan ibu kita. Jadilah anak yang baik dan taat, dan jangan sesekali meninggikan suara terhadap mereka. Tanpa ibu, siapalah kita.

Dan ingatlah, jasa terbaik seorang anak terhadap ibu ialah berusaha memastikan ibunya tergolong dalam kalangan ahli syurga. Betapa besarnya tanggungjawab kita terhadap mereka. Renung-renungkanlah…

”APAPUN, ANAK MA INI INGIN MENYATAKAN BAHAWA, NGAH SANGAT SAYANGKAN MA”

1 Comment »

  1. jazakaLlah atas artikel ini.ana sangat berterima kasih kerana ia telah memberi ilham kepada ana untuk menyelesaikan satu dilema yang perit sekarang.ALhamdulillah.

    Ya ALlah, segala kurniaan yang hamba ini perolehi dari MANA2 HAMBAMU INI SEBENARNYA ADALAH DARIMu.Terima kasih ya ALlAH KERANA MEMBERI ilham pada dia.

    Comment by puteri_rijalullah — February 21, 2008 @ 10:23 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: