Dzulkhairi’s Weblog

February 20, 2008

Hari Esok Untuk Islam

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 2:58 pm

<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1107304683 0 0 159 0;} @font-face {font-family:Calibri; panose-1:2 15 5 2 2 2 4 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:””; margin-top:0in; margin-right:0in; margin-bottom:10.0pt; margin-left:0in; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:”Calibri”,”sans-serif”; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-bidi-font-family:Arial;} p.MsoNoSpacing, li.MsoNoSpacing, div.MsoNoSpacing {mso-style-priority:1; mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:””; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:”Calibri”,”sans-serif”; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-bidi-font-family:Arial;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; font-size:10.0pt; mso-ansi-font-size:10.0pt; mso-bidi-font-size:10.0pt; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-bidi-font-family:Arial;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.0in 1.0in 1.0in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Sectio

Satu ketika, berlaku satu perbincangan antara mata, lidah, tangan dengan kaki. Mereka berbicara soal malang yang sedang menimpa umat Islam mutakhir kini. Mereka masing-masing meluahkan rasa bimbang yang teramat berkenaan nasib yang menimpa. Kejadian tsunami yang berlaku angkara khianat manusia terhadap amanah yang diberikan Allah benar-benar menjadi pengajaran. Namun, manusia tetap lupa dan alpa. Masing-masing menutup mata dengan apa yang berlaku, sebaliknya mereka meneruskan kegiatan maksiat dalam bentuk terang-terangan tanpa perasaan malu.


Aku yang mendengar bicara mereka berempat terpaku. Betapa perbicaraan mereka membuka mata aku yang selama ini banyak terleka dengan arus perkembangan duniawi tanpa putus. Aku berasa insaf dengan perbualan antara mata, lidah, tangan dan kaki. Begini kisahnya bermula..

Mata: Kita mulakan perbincangan kita hari ini dengan merenung apa yang berlaku pada masa sekarang. Saya merasakan… (tiba-tiba lidah mencelah)



Lidah: Tuan pengerusi, sepatutnya kita memulakan perbincnagan kita hari ini dengan membaca ummul kitab, bagi memberkati majlis kita. Takkan kita terus berbincangan tanpa mengharapkan keberkatan dari Tuhan kita.



Mata: Saya tidak bersetuju dengan pandangan kamu. Mengharapkan berkat daripada kalam Allah bukannya hidayah, adalah satu perbuatan yang patut kita elakkan. Umat Islam menjadi rosak kerana hanya mengharapkan keberkatan, bukannya hidayah. Inilah yang diharapkan oleh musuh kita.



Tangan: Saya bersetuju dengan pandangan tuan pengerusi. Bukankah Hassan al-Banna pernah menegur Umar Telmisani, bahawa al-Quran bukan diturunkan sebagai member keberkatan sebaliknya al-Quran adalah sumber kehidupan dan sumber perundangan manusia itu sendiri. Jadi sepatutnya kita tidak lagi beramal dengan perkara ini.



Lidah: Saya bersetuju dengan pandangan kalian. Tetapi saya tidak bermaksudkan keberkatan semata-mata, tanpa mengambil pengajaran. Ini kerana, saya sendiri masih ingat bahawa Gladstone menyebut, betapa umat Islam tidak akan kecundang selagi mana berpegang dengan kitabullah. Apabila seorang ahli parlimen British bangun lalu mengoyakkan al-Quran, Gladstone mengkritiknya.



Tangan: Ya, betul. Gladstone menyatakan tidak ada gunanya dengan mengoyakkan kitab al-Quran, yang penting adalah kita mengoyak-ngoyakkan al-Quran yang ada dalam diri manusia itu sendiri.

Mata: Jika begitu tidak mengapalah. Kita buka dengan al-Fatihah sambil mentadabbur maknanya, seraya kita bermohon pertolongan dan inayah Illahi di saat wa iyyaka nasta’in.



(masing-masing memejamkan mata sambil terkumat-kamit membaca al-Fatihah)



Mata: Jadi, saya buka ruang perbincangan kita pada hari ini dengan menjemput SU majlis kita untuk membentangkan segala perkembangan terkini yang sedang berlaku.



Tangan: Terima kasih kepada tuan pengerusi. Mengikut kajian yang saya perolehi, terdapat beberapa perkembangan tentang isu semasa yang amat menakutkan sedang melanda Negara kita. Ibarat burung garuda melanda Negara. Pada tahun ini sahaja, purata perempuan diperkosa meningkat dari empat orang setiap hari kepada 8.5 setip hari. Kes ini semakin membimbangkan apabila apabila bukan sahaja perempuan muda yang menjadi mangsa malah yang sudah tua bertongkat juga masih menjadi tumpuan yang tidak mampu menahan selera.



Kaki: Wah, ini sangat menakutkan. (Kaki yang dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara)



Lidah: Ah, ini semua angkara media yang tidak terkawal. Ditayangnya iklan-iklan dalam bilik air, perempuan berpakaian bahaya, papan-papan tanda juga dijadikan bahan menaikkan ghairah, malah Viagra dan kondom dijual berleluasa, majalah-majalah lucah tidak bersempadan, VCD-VCD dan macam-macam lagi. Ni yang aku geram ini. Ikut hati aku, aku bakar je kedai-kedai yang jual benda mengarut macam ni. (Marah Lidah sambil menepuk-nepuk meja)



Mata: Sabar, sabar lidah. Tangan, teruskan laporan. (mata cuba mengawal suasana)



Tangan: Satu kes, seorang budak cuba memperkosa ibunya sendiri da… (tiba-tiba kaki mencelah)



Kaki: Wah, ini sangat menakutkan.



(Semua tertawa melihat gelagat kaki yang terkulat-kulat)



Mata: Kaki, sabar, jangan mencelah. Tangan, teruskan laporan.



Tangan: Beberapa makcik yang sudah berumur diperkosa dalam beberapa kejadian. Sejak hari itu, bukan sahaja kanak-kanak yang berasa takut untuk keluar rumah seorang diri, malah yang sudah tua pun berasa takut. Saya bimbang dengan satu perkara, kot-kot kaum lelaki pun akan berasa takut untuk keluar rumah untuk mencari rezeki kerana takut diperkosa kaum perempuan jika segala fenomena ini tidak dibendung segera. Jika hal ini berlaku, maka akan berlakulah pengangguran yang besar serta-merta dan keluarga akan kelaparan kerana tiada yang keluar mencari rezeki.



Mata: Kenapa perkara sebegini boleh berlaku dengan begitu teruk tangan?



Tangan: Saya mendapat satu laporan. Semua ini berlaku disebabkan angkara pemimpin yang juga sudah gilakan seks yang melampau. Mereka menjadikan perempuan sebagai santapan pagi, tengah hari dan malam mereka. Mereka menghirup dan menyirup perempuan sesuka hati mereka. Dalam mana-mana majlis mereka, pasti ada tarian-tarian yang mengghairahkan. Pemimpin tertinggi kita pula, bertukar-tukar pasnagan dengan pemimpin Negara jiran. Ya, mereka hanya Nampak perempuan di hadapan mereka, perempuan,perempuan,perempuan. Asyik-asyik perempuan.



Lidah: Saya rasa sangat pelik tuan pengerusi. Kenapa pemimpin tertinggi boleh memikirkan tentang perempuan sedangkan dalam masa yang sama terdapat beberapa pemimpin yang mana tidak berkahwin konon-kononnya terlalu memikirkan tentang rakyat jelata.



Mata; Ala, ini semua politik. Bila dekat pilihan raya, habis satu Negara digembar-gemburkan yang diorang tak kahwin kerana memikirkan soal rakyat. Ala, macamlah aku tidak tahu tentang politik dan temberang mereka. Sedangkan nabi lagi siduk tetapi tidak pernah pula nabi terlupa untuk berkahwin dan mengembangkan zuriat. Ini semua permainan politik yang disengajakan. Pedulikan je temberang mereka tu.



Tangan: Maklumat seterusnya adalah, kes buli bukan sahaja berlaku kalangan sekolah menengah, malah sudah mula merebak kalangan murid-murid sekolah rendah. Malah, bukan sahaja buah pinggan rosak, kes bunuh pun ada. Budak tahun empat membunuh, membelasah separuh mati dan macam-macam lagi. Saya masih ingat lagi, kes pertarungan ala samurai dan ala kungfu yang berlaku melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah. Semua ini menunjukkan betapa pelajar masa sekarang tidak lagi mendambakan diri untuk belajar, semuanya kerana angkara khianat pemimpin yang sibuk membangunkan bangunan dan koridor tetapi menjahanamkan rakyat.



Kaki: Wah, ini sangat menakutkan.



Mata: Kamu ni kaki, dari tadi ulang ayat sama je. (semua terburai ketawa tidak tahan menahan geli melihat gelagat kaki)



Tangan: Tuan pengerusi, saya rasakan tidak perlu saya bentangkan lagi segala malapetaka yang berlaku. Kita masih ada dua agenda yang perlu kita selesaikan mengikut perancangan mesyuarat pada hari ini iaitu apakah analisis ringkas kita terhadap punca utama yang menjadi punca merebaknya gejala yang menyayatkan hati ini. Kedua, kita ingin menganalisis malapetaka yang boleh menimpa kita sekiranya segala kedurjanaan ini tidak dibendung segera dan yang ketiga ialah, apakah tindakan yang perlu dan boleh kita ambil.



Lidah: Saya melihat berdasarkan pandangan saya yang naïf ini, segala gejala yang berlaku adalah berpunca daripada kelemahan gerakan dakwah itu sendiri yang terlalu bersifat statik dan tidak berkembang. Mereka masih lagi mengamalkan ceramah-ceramah di masjid tetapi tidak cuba untuk mengadakan ceramah di tempat yang lebih terbuka dan mencabar. Di samping itu, gerakan dakwah sepatutnya menggunakan segala teknologi yang ada untuk memudahkan proses dakwah.



Mata: Ya, saya bersetuju dengan pandangan lidah. Malah gerakan dakwah kampus tidak boleh lagi terbelenggu dengan mesyuarat yang tidak habis-habis tetapi hampas dari sudut tindakan. Pagi petang siang malam sibuk dengan mesyuarat, tetapi mereka langsung tidak turun padang untuk menangisi derita masyarakat dan menyeka air mata mereka dengan perjuangan dan pengorbanan. Kenapa gerakan dakwah kampus tidak bersenam di pagi dan petang hari, mengadakan ziarah mesra, bertanyakan dan bertindak terhadap maslaah yang menimpa, bukan hanya berdemonstrasi tidak putus-putus. Sebab itu Islam dipandang serong, kerana asyik berdemonstrasi tetapi kerja dakwah adalah di tahap sifar.



Tangan: Tetapi kita tidak boleh hanya menyalahkan gerakan dakwah semata-mata. Saya juga melihat berdasarkan kajian saya, semua ini berlaku adalah disebabkan pemimpin kerajaan yang tidak menekankan soal pendidikan sejak kecil lagi. Mereka menggunakan pendidikan untuk tujuan politik juga, bukannya mereka telus. Lihat sendiri apabila Amelina mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, beliau digunakan sepenuhnya oleh jentera kerajaan untuk meraih perhatian rakyat. Tetapi kenapa Siti Fatimah yang mendapat keputusan yang lebih cemerlang tidak diiktiraf. Adakah semata-mata kerana si Fatimah berada dan belajar di bawah sekolah agama di bawah pemerintahan pembangkang? Ini dasar pendidikan yang dipolitikkan, llau melahirkan bangsa yang kian ‘Melayu’.



Kaki: Saya bersetuju dengan pandangan tangan. Memang benar, kita tengok kepada fenomena yang berlaku. Pihak polis dikerah habis-habisan untuk mengepung dan mengawal orang yang berhimpun meskipun secara aman, tetapi mereka tidak bekerja secara bersungguh-sungguh untuk mengawal dan membasmi jenayah yang berlaku. Orang yang mengadakan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan kerajaan dapat dikesan secepat mungkin dan dimasukkan dalam tahanan tanpa sempat untuk membela diri sendiri. Pihak pentadbir universiti sepatutnya menjaga disibukkan dengan aktiviti membangunkan nilai moral dan intelektualiti student tetapi mereka juga dikerah oleh kerajaan untuk menangkap dan mendakwa mana-mana student yang membuat aktiviti yang bertentangan dengan kehendak mereka. Inilah yang berlaku, ingin membina tetapi mereka sendiri meruntuh. Ingin mengembang tetapi mereka sendiri menyempit.



Citporaahh. (semua terpaku mendengar hujjah kaki yang dari tadi tidak memberikan pandangan)



Mata: Saya bersetuju dengan pandangan kaki dan tangan. Semua ini kerana khianat kerajaan yang sudah tidak pandai membedakan antara haq dengan batil. Seterusnya, kita ingin membicarakan apakah kesan yang akan memantul kepada kita sekiranya semua ini tidak diatasi seberapa segera. Silakan tuan-tuan sekalian.



Lidah: Tuan pengerusi, saya melihat sekiranya kita tidak mengambil tindakan segera, maka akan berlaku bencana alam hasil kemurkaan Allah terhadap kita. Lihat sahaja peristiwa Tsunami apabila hiburan kian menggila di Banda Acheh. Ribut Gred A yang melanda negeri bawah bayu. Johor besar melanda Johor sebanyak dua kali dalam masa terdekat. Tanah runtuh dan sebagainya, semuanya sepatutnya sudah membuka mata kita semua betapa bumi ini sudah meluat dan menyampah dengan apa yang berlaku sehingga bumi memuntahkan perasaannya dalam bentuk sebegitu.



Tangan: Perhatikan sahaja sabda nabi yang menyatakan bencana akan menimpa sekiranya amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak berjalan. Bencana akan menimpa apabila anak luar nikah semakin bertambah. Dajjal-dajjal kecil sudah banyak muncul, manakala kumpulan al-Mahdi pula sedang dihalang segiat mungkin. Saya mengira, bukan sahaja Johor, malah semua negeri akan dirimpa bencana sekiranya kita tidak bertindak segera.



Kaki: Ya Allah, hamba-Mu rasa sangat takut dan bersalah. Aduhai sahabat-sahabat sekalian, ayuh kita insafi diri, apakah yang telah kita laku dan laksanakan untuk memastikan kemenangan Islam di muka bumi tercinta ini? Apakah bunga-bunga jihad yang telah kita taburkan dan apakah benih-benih tadhiyah yang telah kita tanam untuk melihat tumbuseran pepohonan Islam?



Mata: Saya cukup menginsafi yang kamu ungkapkan wahai kaki. Saya sentiasa melihat benda-benda maksiat, tetapi saya ingin berjuang. Saya tidak lekang melihat gambar-gambar mengaibkan, perempuan yang menggila dan sebagainya. Saya berasa sangat takut. Mungkin Islam tidak pernah menang kerana adanya pejuang seperti saya.



Lidah: Tidak tuan pengerusi. Bukan tuan sahaja yang sebegitu, malah syaa tidak pernah putus-putus mengumpat dan menceritakan aib orang. Jarang sekali saya menceritakan kebaikan kecuali keburukan semuanya. Saya mendedahkan aib sahabat kepada orang lain. Ya Allah, saya berasa sangat takut dan gerun dengan ancaman seksaan-Mu.



Tangan & Kaki: Kami juga. Rabbana, ampunilah dosa dan kesalahan yang telah kami lakukan selama ini.



Mata: Jadi tuan-tuan sekalian. Apakah tindakan yang sepatutnya kita lakukan bagi memastikan Islam kembali gemilang dan ummahnya menjadi kembali cemerlang?



Kaki: Saya menyimpulkan tiga plan bertindak segera mesti kita laksanakan. Pertama, kita akan membanyakkan taubat dan ibadat serta zikir kepada Allah bagi memudahkan pertolongan Allah itu sampai kepada kita. Kedua, kita mengambil istifadah, membaiki diri sendiri dan memperbaiki orang lain. Kita akan memperkasakan geraka kerja amal Islami secara terancang dan sistematik serta dengan perasaan yang cukup berselera tanpa perasaan jemu secara berjamaah. Ketiga, kita mesti mengambil tindakan dengan mengubah kerajaan pada tahun ini.





Tangan: Ya, undi kita adalah penentu. Kalaulah sekarang anak muda sendiri berani menempuh Akta Untuk Kerajaan Usang (AUKU), maka takkanlah kita yang tidak berhadapan dengan sebarang akta ini berasa takut? Anak-anak muda sudah berani mencabar bekas ketua Negara malah ketua Negara-negara Islam, maka masakan kita berasa gementar? Kita mesti teruskan perjuangan yang murni ini.



Mata: Saya berasa setakat inilah perbincangan kita pada hari ini. Saya kira kita semua bersetuju dengan resolusi yang dibawa oleh kaki. (semua menganggguk-anggukkan kepala) Saya berharap agar perbincangan kita tidak akan berakhir pada hari ini begitu sahaja. Tindakan mesti ada kerana sebagaimana kata al-Banna: Tidak sama orang yang berkata dengan orang yang beramal. Tidak sama orang beramal dengan orang yang berjihad. Tidak sama yang berjihad dengan orang yang berjihad secara serius dan bersungguh-sungguh.



Lidah: Dan bekerjalah kamu, kelak Allah memerhatikan amalan kamu, dan begitu juga para rasulnya dan orang mukmin (turut sama memerhatikan)…



Kemudian mereka sama-sama berpegang tangan dan melafazkan bai’ah. Aku terpesona melihat perbincangan sesama mereka. Aku turut berasa sebak, betapa mata dan sahabat-sahabatnya sendiri memikirkan tentang Islam, sedangkan aku pula masih termanggu-manggu.



Tiba-tiba, mereka hilang secara mengejut. Aku tercengang-cengang, di mana mereka pergi. Pastinya, aku akan merindui melihat mata dan kawan-kawannya yang bersemangat untuk Islam.



Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: