Dzulkhairi’s Weblog

February 21, 2008

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 1:02 pm

Satu tika, aku bermonolog seorang diri
”Apa agaknya suasana malam pertama?”

Hatiku menjawab
“Engkau akan terkejut di malam pertama. Suasana gelap gelita, ulat-ulat yang cuba memasuki hidung, kala jengking dan lipan yang cuba menyengat, ular hitam yang ingin membaham. Engkau terasa gatal, tetapi tangan tidak dapat digerakkan untuk menggaru. Engkau berasa geli-geli, tetapi engkau tidak mampu menggosoknya. Engkau terasa rimas, panas. Lalu bagaimanakah engkau ingin memasuki syurga Allah, sedangkan engkau menanam tanaman syurga dengan benih-benih neraka??? Mulutku berbicara cintakan Allah tapi tindakanmu tidaklah seberapa. Katamu, cintakan ulama tetapi akhlakmu sangat buruk. Malam pertama engkau, pasti sengsara yang menyelimuti, derita berpanjangan, sakit-sakitan yang menggigit, bukan sehari, bukan dua hari, malah ia berpanjangan ke mahsyar, lalu engkau akan dihumbankan ke neraka. Nah, RASAKAN KEPERITANNYA AKIBAT MENDUSTAKAN KEKUATAN ALLAH”

(Ya Ilaahi, aku tidak dapat membayangkan jika kelak, Naim, Umar, Syed, Suhaili, Yusri, Awis al-Qarni, Ridhuan Othman, Syaari, Farhan, Suhana, Husna, Asyanti, Nurul, dan lain-lain semua ke syurga, sedangkan aku keseorangan terengsot-engsot ke neraka. Ilaahi, belailah aku dengan kelembutan maghfirahmu dan kasih sayangmu. Rabbi ighfirli wa irhamni)

2 Comments »

  1. =( erm……

    “Ya ALlah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana MENGASIHIMU, BERTEMU UNTUK MEMATUHI PERINTAHMU, BERSATU MEMIKUL BEBAN DAKWAHMU.Hati2 ini telah mengikat janji setia untuk MENDAULAT DAN MENYOKONG SYARIATMU..

    Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.Tunjukkanlah kepada hati-hati ini limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu.JIKA ENGKAU MENTAQDIRKAN MATI,MAKA MATIKANLAH PEMILIK HATI-HATI INI SEBAGAI PARA SYUHADA DALAM PERJUANGAN AGAMAMU..Engkaulah sebaik2 sandaran dan penolong ya RAHIM..=(
    TUHANKU, PERKENANKANLAH permohonan hambaMu ini.ya ALlah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Rasulullah , keluarga dan para sahabat baginda semuanya..ameen…”

    “Siapa saja hamba yang Ku lihat hatinya dan ku saksikan bahawa kecenderungannya berpegang teguh pada mengingatiKu,maka Aku akan atur segala urusannya.Aku menjadi teman duduknya, teman bicaranya dan teman yang dia sukai…”

    “ (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)”.

    ( Al Baqarah 165

    Comment by puteri_rijalullah — February 22, 2008 @ 1:10 am

  2. MENANTI DI BARZAKH..
    Ku Merintih, Aku Menangis,
    Ku Meratap, Aku Mengharap,
    Ku Meminta Dihidupkan Semula,
    Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
    Perjalanan Rohku,
    Melengkapi Sebuah Kembara,
    Singgah Di Rahim Bonda,
    Sebelum Menjejak Ke Dunia,
    Menanti Di Barzakh,
    Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
    Diperhitung Amalan,
    Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
    Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
    Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
    7 Langkah Pun Baru Berlalu,
    Susai Talkin Penanda Syahdu,
    Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
    Nisan Batu Menjadi Tugu,
    Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
    Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
    Seakan Ku Dengari,
    Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
    Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
    Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
    Kembali Oh Kembli,
    Kembalilah Kedalam Diri,
    Sendirian Sendiri,
    Sendiri Bertemankan Sepi,
    Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
    Terbujur Dan Kaku,
    Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
    Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
    Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
    Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
    Tiada Siapa Yang Terkecuali,
    Lemah Jemari Nafas Terhenti,
    Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
    Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
    Jantung Berdenyut Kencang,
    Menantikan Malaikat Datang,
    Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
    Selama Ini Diceritakan x2
    Kini Aku Merasakan x2
    Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
    Ku Merintih, Aku Menangis,
    Ku Meratap, Aku Mengharap,
    Ku Meminta Dihidupkan Semula,
    Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

    Comment by Redhasha — March 1, 2008 @ 2:50 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: