Dzulkhairi’s Weblog

March 19, 2008

PEMIMPIN YANG TAWADHU’

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 5:39 am

Saya menghantar SMS kepada TNC HEP UM sejurus melihat keputusan membanggakan BA dalam PRU ke-12. Saya katakana, ayahanda, kelak anakanda akan berikan ayahanda satu boring PAS untuk ayahanda isi.

Ayahanda Azraei, atau lebih senang saya sebut sebagai Pak Raie adalah seorang yang baik dan lembut hati. Pertama kali saya berjumpa beliau, beliau tampak ramah dan begitu bersemangat apabila berbicara soal Islam Hadhari. Kata orang, Pak Raie orang kita Pak Lah, jadi semangat Islam Hadhari beliau memang sangat tinggi.

Beliau menyambut saya dan Azlan (Presiden Parti Mahasiswa Negara) dengan baik semasa kami berkunjung ke rumah beliau untuk jamuan raya Fitri yang sudah. Beliau tampak ramah sekali dan melayani kami dengan baik. Pesannya sebelum kami beredar agar jangan terlibat dengan Perhimpunan BERSIH yang bakal diadakan.

Pak Raie sangat bimbangkan keselamatan kami berdua. Apatah lagi saya pernah diberi ancaman untuk digantung dua semester oleh Kementerian Pengajian Tinggi, namun Pak Raie lah yang mempertahankan saya.

Semalam, kami berjumpa selepas berakhirnya program Malam Penyampaian Anugerak di Akademi Pengajian Islam. Lalu, beliau bergegas ke tempat duduk saya seraya berkata: Mana borang yang kamu janjikan. Dan pecahlah ketawa antara kami.

Itu sebagai coretan awal. Saya ingin sekali berbicara soal tawadhu’ dalam kepimpinan. Tulisan saya ini harus sekali diperhatikan oleh semua bakal pemimpin yang akan menerajui PMIUM dua minggu lagi. Pemimpin adalah khadam kepada ummah, bukannya raja. Ibarat seorang guru yang berkelana bersama muridnya. Guru itu sebagai ketua perjalanan.

Di saat hujan turun, guru mengambil bajunya lalu memayungi muridnya. Lalu si murid yang tergamam dengan tindakan guru tersebut cuba menepis tangan gurunya. Namun kata guru, “Aku merupakan ketua dalam perjalanan ini, maka sebetulnya aku mesti menjaga kebajikan engkau”.

Muridnya kemudian meminta jawatan ketua musafir daripada gurunya dengan tujuan untuk menjaga kebajikan gurunya. Mereka meneruskan perjalanan. Apabila tiba satu tempat, mereka berehat dan tertidur kepenatan. Apabila si murid ini terjaga, beliau melihat si guru ini sedang mengumpulkan kayu api. Lalu si murid ini bertanya, “Kenapa guru yang melakukan semua ini sedangkan saya yang patut lakukannya sebagai murid”.

Balas guru dengan penuh tawadhu’, “Sekarang saya sebagai anak buah, maka saya mesti berkhidmat untuk ketua saya”. Jadinya, si murid itu terkesima.

Tawadhu’ juga bermaksud, presiden tidak boleh menganggap orang lain sebagai rakyat, sebaliknya semuanya adalah sahabatnya, sebagaimana nabi SAW yang tidak pernah orang lain sebagai rakyat melainkan sebagai sahabat yang dkasihi. Ada kala Rasul yang mulia ini membantu dan menolong mereka, ada tika yang lain mereka membanti sang Rasul.

Tawadhu’ bermakna seorang pemimpin sentiasa berasakan dirinya sebagai hamba Allah yang telah dan sedang dikepung oleh kematian daripada pelbagai arah. Kematian semakin mendekat dan Malaikat Maut sudah melerekkan pandangan matanya ke arah kita. Apabila kita memahami bahawa kita akan mati, maka kita semestinya mengetahui bahawa kita tiada nilaian yang berharga di sisi Tuhan dan mengetahui bahawa bekalan bertemu Tuhan hanyalah Taqwa. Itu yang terbaik.

Jika mati dan menjadi debu, itu tidak mengapa. Malangnya, mati hidup semula. Mati hidup semula bermaksud, segala amal kita akan diperhitungkan di hadapan Allah kelak.

Tawadhu’ dengan kita tidak mengejar populariti. Tetapi kita hanya mengejar dan ingin sekali meraih kasih sayang rabbi dan RasulNya. Apa guna kasih manusia sekiranya ia hanya setakat di dunia. Tawadhu’ bermaksud seseorang ketua sanggup mencemarkan kakinya memijak kotoran dalam membersihkan ummah, turun ke padang dan gelanggang bersama-sama bukan hanya bergoyang kaki mengerahkan orang bekerja.

Pemimpin yang tawadhu’ sentiasa mendoakan ummah dan ummah mendoakannya. Ia memimpin mereka dengan penuh hemah dan saksama serta sanggup mengetepikan kesenangan peribadi demi kepentingan umum. Sanggup bersusah payah dan habisnya wang asal yang lain sejahtera.

Bagaimana lagi bentuk dan acuan pemimpin yang tawadhu’? ha, saya silakan Konsesi Dakwah, Rijalullaj, Budak Marang, Itzi, Hafizah Mesir, Hidayat, Sinichi, Yang Jahil, dan semua untuk membicarakannya.

Saya bakal meletakkan jawatan dalam 29HB…

Dan saya bakal dipersoalkan Allah dalam beberapa lama lagi…

4 Comments »

  1. takde apa nak diulas, semua sudah tersurat dalam artikel dan akhi mmg memperbuat apa yang diperkata.

    sememangnya kepimpinan yang mengikut acuan Rasulullah terbaik.erm, rindu pula pada baginda.lihat, gaya baginda tidak lokek berkongsi ilmu malah mampu bergurau dengan orang bawahan .Malah nabi juga pernah dipermainkan (gurau) dan walaupun agak melampau, nabi tak pernah marah.cucu baginda kacau waktu berkhutbah pun baginda tak marah.sangat penyayng.

    pemimpin yang disayangi dan dihormati rakyat, kita akan lihat kesannya apabila rakyat sangat kasihkan beliau. lihat, anas r.a sanggup menjadi tukang jaga selipar nabi kerana sangat sayangkan nabi yang mempunyai kepimpinan yang pengasih.

    dalam konteks semasa, kita dapat lihat, jika pemimpin itu baik dan disayangi rakyat, walaupun tak berjawatan, masih dihormati dan disanjung pengikutnya walau dia tk pernah meminta.pemimpin tersebut sentiasa menjadi qudwah hasanah di mata rakyatnya.

    dan yang paling penting, pemimpin yang terbaik, adalah yang paling TAKUTKAN ALLAH.(peringatan utk diri sendiri sebenarnya, sambil muhasabah kesilapan semasa kepimpinan ana dulu)

    seeru ‘ala barakatillah wa fi amanillah.

    Comment by puteri_rijalullah — March 19, 2008 @ 7:02 am

  2. Sebaik2 ikutan… kekasih Allah…

    Abu Said al-Khudarii ra pernah
    berkata: Jadilah kalian seperti Nabi SAW,
    Baginda menjahit bajunya yg koyak,
    Memberi makan sendiri untanya,
    Memperbaiki rumahnya,
    Memerah susu kambingnya,
    Membuat alas kakinya,
    Makan bersama-sama dengan pembantu-pembantunya,
    Memberi mereka pakaian,
    Membeli sendiri keperluannya di pasar dan memikulnya sendiri ke rumahnya,
    Baginda menemui orang kaya maupun miskin, orang tua maupun anak-anak,
    Mengucapkan salam lebih dahulu pada sesiapa yang dijumpai baik tua maupun muda, kulit hitam, merah, maupun putih, orang merdeka maupun hamba sahaya sehingga termasuk orang yang suka solat.

    Dan baginda SAW adalah orang yang sangat rendah hati, lembut perangainya, dermawan luar biasa, indah perilakunya, selalu berseri-seri wajahnya, murah senyum pada siapa saja, sangat tawadhu’ tapi tidak menghinakan diri, dermawan tapi tidak berlebih-lebihan, mudah hiba hatinya, sangat penyayang pada semua muslimin. Baginda SAW datang sendiri menjenguk orang sakit, menghadiri pengkuburan, berkunjung baik menaiki keledai maupun berjalan kaki, mengabulkan undangan dari para hamba sahaya siapapun dan dimanapun. Bahkan ketika kekuasaannya baginda SAW telah meliputi jazirah Arabia yang besar datang seorang Arab menghadap beliau SAW dengan gemetar seluruh tubuhnya, maka baginda SAW yang mulia segera menghampiri orang tersebut dan berkata: Tenanglah, tenanglah, saya ini bukan Raja, saya hanyalah anak seorang wanita Quraisy yang biasa makan daging kering…

    Nah…adakah ini semua pada yang namanya pemimpin??… sekadar bertanya diri sendiri!!

    Comment by Aku Bukan Umar Al-Khatab — March 19, 2008 @ 7:34 pm

  3. Realiti hari ini yang dihadapi oleh semua ialah kita sangat memerlukan kepada kepimpinan-kepimpinan yg berjaya; mampu memimpin kerja, merealisasikan target dan membina generasi;agar Islam yg pernh hilang kembali menempati ruang semesta, lantas menggerakkan generasi seperti generasi para sahabat Nabi saw, menjadi pemimpin-pemimpin dunia; mereka berjuang agar tidak berlaku fitnah dan agama itu hanya untuk Allah Taala semata-mata.

    Di antara sifat-sifat pemimpin yang efektif yg disebutkn dalam buku ‘al-Qiadah al-Muassarah’ krgn Jamal Madhi ialah:

    1. Yakin dgn tugasnya;iaitu yg memiliki sasaran yg jelas dan mmpu melaksanakannya, tenang dan mampu menahan diri disamping rasa tanggungjawab terhadap kepimpinan.
    2. mengenali angotanya.
    3. cepat dan mahir serta kreatif
    4. memberi keteladanan serta contoh
    5. bersikap tegas dan adil

    assalamualaikum wbt..

    ketika menulis komentr ini saya baru sahaja sampai ke Mansurah dari kaherah lbh kurang 3.46am bersempena Muktamar Sanawi PMRAM ke-75.Muktamar yg brmula seawal jam 8.00am hari rabu dan brakhir pada jam 12.30am hari khamis, lbh kurang hmpir 16jam dalm sengguk lena saya kira brlnsungnya muktmr ini.Dan tayangannya juga dibuat secara ‘live’ di internet bg mereka yg mengunjungi laman web rasmi PMRAM.

    Bukanlh saya yg faqir ini selayaknya untuk berkata ttg ciri2 kepimpinan Islam brbnding sahabat sahabiah semua trutma ‘puteri rijalullah’ dan ‘aku bukan umar’ yg tlh mengetenghkan bbrpa ciri trsbt, apatah lagi jika di bandingkan dengan us Dzulkhairi yang saya hormati. Benarlh apa yg di tulis oleh mereka dan apa yg sedia di ketahui oleh sahabat semua. namun di sana, suka untuk saya kongsikan sedikit dgn sahabat-sahabat khususnya di Malaysia, ttg peribadi mantan presiden PMRAM yg kami sayangi, Al-Fadhil Us. Khairul Nizam bin Mat Hussin yg bru shj meletak jawatn mlm td.

    suka untuk saya nyatakan seringkali saya merasakan us Khairul nizam adalah seperti us Dzulkhairi dan us Dzulkhairi adalh spt us Kharul Nizam.wlupun mungkin disana trdpt sedikit prbezaan watak mmndangkn keduanya lahir dlm ‘acuan’ suasana yg sdkt brbeza dimana seorg brpencak di Malaysia, seorg lg bersilat di Mesir. namun itu buknlh prkr penting yg ptut kita besarkan.

    Apa yg sbnrnya ingin saya ceritakn pd sahabat2 ttg ciri kepimpinan yg ada pd us khairul nizam ialah sikapnya yg suka meraikan ahli tidak kira kawan mahupun lawan, bawahan mahupun atasan. beliau jg adlh seorg yg sgt brhati2 dlm melontarkan kata2 dan mmbrikn tegurn bg mnjga hti semua pihak. setiap butir kalimah yg terbit drnya brdasarkn ilmu. seorg yg sgt penyayang pd semua tidak kira kpd ikhwah mahupun akhawat, exco tertinggi mahupun ahli biasa shngga kdg-kdg saya merasakn dia spt ayah saya sendiri.(maafkan anakanda ayahanda)..

    Kata syair “kasih sayang trlihat dalam hatinya, dan cinta trlihat di mata saudaranya”.”Dengan kelembutan, anda memperbanyakkn penolong, dan dengan kelembutan anda menaklukkan hati”..

    Trlalu byk dan mgkin tak muat ruangn komen us dzul kalau saya hendak sebutkn semuanya di sini. sebgimna shbt2 semua menilai us Dzul dari kacamata kalian maka sbgitulh us Khairul Nizam.

    sahabat2 yg saya kasihi krn Allah Taala..

    Abu hurairah pernh berkta: “saya takut berkata tanpa ilmu, menghukum tanpa dasar, punggungku di pukul, hartaku dirampas dan kehormatnku di cela”.

    Ramai org menganggap bhw kepimpinan bererti wibawa, kekuasaan, dominasi atau kekuatan. tidak kurang juga yg mengnngap kepimpinan mrupakn jawatan atau kedudukn. pkr ini brlarutn sehingga kita melihat untuk menjdi pemimpin org itu mesti menyiapkn keperibadian lain, jiwa yg berubah-ubah dan memperlihatkn sifat yg bukan sifat aslinya. mngikut pndg Jamal Madhi dalam bukunya al-Qiadah al-Muassarah semua pandgn ini adlh silap dan ini adalh ‘penipuan’ yg seringkali di buat-buat dan seringkali menimpa para pemimpin yang lemah serta orang-orang kerdil iman dan pemahamannya.

    Sejarah telah memperlihatkan kita contoh yg cukup agung. ketika mana Rasulullah saw menahan Abu Sufian bersama Abbas r.a dalam prjanjian Hudaibiyah, supaya Abu sufian menyaksikan kekuatan Islam serta keagungan pemimpin dan ketatan para perajuritnya, mka tatkala batalion Rasulullah saw berlalu;tika mana Abu Sufian berkata kpd ‘Abbas: “Sungguh sekarang kekuasaan anak saudaramu sudah menjadi agung”. Lalu apakah yg dijawab oleh ‘Abbas r.a bg mengoreksi pemahaman abu Sufian menurut bingkai Islam dan Iman? katanya: “sesungguhnya (kekuasaan) itu adalah kenabian (bukan kekuasaan). dan abu Sufian menjawab: “jika demikian, betapa indahnya”.

    Sahabat2 pemangkin Ummah yg dirahmati Allah taala.

    saya mengajak diri saya dan seluruh sahabat2 janganlah kita menjerumuskan diri kita ke lembah kehancuran seandainya kita ada melihat gambaran palsu pemimpin yang cacat. ini kerana kemampuan untuk memberikan kesan dan juga pengaruh adalah sesuatu yg dapat di usahakan. seperti mana kata Fudhail bin ‘iyadh:”mmbrikan kesenangn kpd org briman dan mmnuhi keperluannya adlh lebih aku cintai daripada ibadah seumur hidup”

    Yang paling sederhana, pilihlah pemimpin yang berjiwa pendidik (murabbi), yang berjiwa seorang pengajar (mu’allim) dan yang berjiwa organisasi/pengatur(Munazhzhim). seorang yang cinta pada pekerjaan, seorang yang rasa bertanggungjawab dan seorang yang tinggi semangat jemaahnya. Dan tidak lupa pilihlah pemimpin yang mampu membangkitkan kemampuan anggota, mempertajamkan tekad mereka dan memotivasikan mereka agar lebih berinovasi, sehingga menjadikan para anggota bangga dengn pemimpinnya dan merasakan ada orang yang bertanggungjawab, selalu diperhatikan dan dimotivasikan oleh pemimpin mereka.

    Sungguh, saya sgtlh dhaif, faqir lagi haqir brbnding shabat sahabiah semua trutama yg berada di malaysia. kerana bg saya kalian punya ilmu dan pengalamn brhadapn mad’u sbnr di M’sia.

    Untuk itu, saya mewakili seluruh sahabat dari perlembahan Nil mengucapkan sekalung tahniah atas kepimpinan us ‘menjaga’ GAMIS untuk Islam selama ini.Hanya Allah sahaja yg layak membalasnya.

    Sesungguhnya kami amat menggharapkan doa daripada kalian agar kami juga di berikn kekuatn seperti yg kalian miliki..

    Marilah sama-sama kita berdoa agar ‘Ketuanan Islam dapat bertapak di Bumi Allah’ kembali; demi kelansungan survival Risalah Islam yg di bawa Baginda kerana kita adalah pewaris masa lalu dan penanggungjawab masa depan.

    Akhir kalam ampun maap segala bicara dan ana tinggalkan sahabat2 dengan sabda Rasulullah saw dalam perang Khandaq ketika mana Baginda sedang bersama-sama para sahabat memindahkan pasir hingga perutnya penuh debu. Sabda baginda:

    “Demi Allah, jika bukan kerana Allah kita tidak mendapat Hidayah, tidak bersedekah dan tidak solat. Maka ya Allah, turunkanlah ketenangan kepada kami semua, dan kukuhkanlah kaki kami ketika menghadapi peperangan. Sesungguhnya kaum musyrikin itu tlh melakukn kezaliman trhadap kami. Jika mereka inginkan fitnah,maka kami akan tolak.”

    “JULANG THAQAFAH , BAKTI DICURAH”

    Comment by jiilun-quraanun-fariid — March 20, 2008 @ 5:24 am

  4. Salam us Dzul kepada us khairul Nizam telah ana sampaikan. Ana mendoakan agar Allah Taala memilih us Dzulkhairi dan us Khairul Nizam menjadi pimpinan tertinggi Malaysia kelak.ameen..

    p/s; Diri yg dhaif ini sgt ingin meladeni ustazah Aina Bajuri..jika sesiapa bertemu dengannya,ana pohon agar dapat di sampaikan salam rindu ana padanya.Jazakillahu khair..

    Comment by jiilun-quraanun-fariid — March 21, 2008 @ 1:13 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: