Dzulkhairi’s Weblog

March 27, 2008

SAYA DAN DORAEMON

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 8:32 am

Aku senyap-senyap membelek cerita panjang Doraemon. Ya, aku dari kecil sangat meminati kisah panjang Doraemon. Kisah pengembaraan di dasar lautan, kisah pembentukan Negara Jepun, kisah dengan Dinosour, kisah bertemu dengan orang angkasa lepas, kisah pengembaraan ke kota lagenda 1001 malam, dan banyak lagilah.

Hari tu, setelah lama aku tidak pulang ke Kelantan, aku mengambil kesempatan untuk ke Perpustakaan Sri Intan. Membelek-belek buku Doraemon dan mencari mana lagi buku yang belum kubaca. Alangkah, hampir kesemua buku telah kubaca. Kisah Doraemon memang mencuit hati.

Dalam banyak-banyak kisah Doraemon, aku paling berminat dengan kisah pengembaraan ke Kota Lagenda 1001 malam. Kisah bagaimana Sizuka terperangkap di kota Baghdad menyebabkan Nobita dan lain-lain berusaha menyelamatkan Sizuka sehingga mereka bertemu dengan Khalifah Haron al-Rasyid.

Asalnya, cucu Nobita pada abad hadapan telah menghantar robot yang bernama Doraemon untuk membantu datuknya semasa kecil. Doraemon asalnya merupakan robot yang berwarna kuning dan ada telinga. Paling menarik Doraemon memiliki adik yang cantik dan cute bernama Doralin yang kadang-kadang muncul untuk membantu abangnya ketika kesusahan. Doralin lebih tenang berbanding Doraemon yang bersikap sedikit kalut dan gelabah.

Malang menimpa Doraemon apabila ketika sedang tidur, seekor tikus telah menggigit telinga Doraemon sehingga habis. Sebaik sahaja Doraemon tersedar dari tidur, beliau terus ke cermin dan terkejut melihat telinganya yang sudah tiada. Akibat rasa terkejut yang amat sangat, badan Doraemon terus bertukar menjadi biru seperti yang kita ketahui.

Sejak hari itulah Doraemon mula berasa sangat takut terhadap binatang kecil bernama tikus.

Nobita pula merupakan watak seorang budak yang pemalas dan agak lembap dalam pelajaran. Namun meskipun Nobita sedikit lembap dalam pelajaran, namun Nobita terbukti merupakan seorang yang berani, cekal dan cerdik dalam menghadapi beberapa situasi yang menakutkan. Ini terbukti apabila Nobita sering kali memainkan peranan yang penting dalam setiap siri pengembaraan mereka. Malah keberanian Nobita telah menyebabkan ramai perempuan termasuk yang berada di angkasa lepas jatuh hati kepadanya.

Sizuka pula merupakan isteri masa depan Nobita. Seorang budak yang cerdik, rajin belajar dan pandai bermain piano. Menjadi satu kebiasaan bag masyarakat di Jepun bahawa mereka mesti membentuk dan mendidik anak mereka supaya menjadi pandai dan pakar dalam bidang-bidang tertentu. Maka Sizuka selain memiliki otak yang cerdik, beliau juga merupakan seorang yang pandai bermain piano. Bukan Nobita tidak terpikat dengan perempuan lain yang ada kala lebih cantik berbanding Sizuka tetapi budi hati Sizuka yang sering menyelamatkan dia dari ‘serangan’ Giant menyebabkan hati Nobita tidak tumpah kepada perempuan lain. Apatah lagi Sizuka sudah ditakdirkan untuk menjadi isterinya.

Giant pula lambang kepada seorang budak yang garang, kuat dan berani. Sikap ini diwarisi daripada ibunya yang sering menyuruhnya untuk menjaga rumah semasa ibunya keluar dari rumah. Meskipun Giant sering kali membuli Nobita, namun persahabatan mereka tetap erat dan jelas ini terbukti apabila mereka saling bantu membantu dalam siri pengembaraan mereka khususnya ketika bumi terancam. Saya kadang-kadang terasa pelik dengan perangai Giant ini tetapi bagi saya ini merupakan fitrah budak kecil yang suka bergaduh sesama mereka apatah lagi mereka bukanlah terlalu matang untuk berfikir lebih luas.

Suneo atau kadang-kadang disebut sebagai Sinyu, seorang budak berwajah serigala pula merupakan seorang kanak-kank pintar dan berfikiran besar. Anak orang kaya ini sememangnya memiliki pengalaman yang luas dan sering mempamerkan kemegahan dan gaya hidup serta pengalaman yang luas untuk menyindir Nobita. Meskipun wataknya kdang-kadang agak menyakitkan hati namun Sinyu merupakan satu watak yang menggambarkan seorang budak yang perlu dicontohi dari sudut ilmu pengetahuan dan maklumat di samping cita-cita beliau yang besar.

Saya kira Fujio Fujiko berjaya menarik perhatian seluruh dunia untuk menyaksikan karya beliau yang tersohor ini. Karya ini menunjukkan kepada kita kebijaksnaan dan kesungguhan bangsa Jepun dalam membina satu bangsa dan tamadun yang berjaya. Kepintaran beliau sangat mengagumkan dan patut dicontohi oleh semua.

Buku Doraemon tidaklah terlalu banyak di rumah saya, apatah lagi saya hanya meminati siri-siri kisah panjang sahaja. Ia membuatkan saya akan berada terawang-awangan dan berimaginasi di satu alam yang entah apa untuk saya terjemahkan. Apatah lagi setiap kali itu jugalah adanya sajak-sajak panjang yang dihiasi dalam siri-siri panjang menunjukkan kesusateraan yang mengasyikkan.

Doraemon ternyata menggamit perasaan peminatnya di seluruh dunia, tidak kita tua mahupun muda. Namun pastinya golongan kanak-kanak yang memberikan komitmen terhadap kisah yang menarik ini. Meskipun ia kebanyakannya fantasi, namun ia cukup mengasyikkan dan meralitkan saya.

Lampu Membesar dan Mengecil, Pintu Suka Hati, Kipas Terbang, Kipas Dewa, dan banyak lagi menggambarkan vision bangsa Jepun yang luas. Mengembara ke dalam lautan, menjamu selera di atasnya di saat matahari tenggelam di samping menyaksikan Dolphin berenang di tepian, memperjuangkan nasib bumi yang diancam makhluk asing, bertemu Harn al-Rasyid dan seterusnya Sinbad, benar-benar mengasyikkan.

Doraemon ada wawasan. Menyelamatkan bumi, menjaga alam sekitar, menghormati guru dan ibu bapa, semangat setiakawan, melebihkan orang lain berbanding diri sendiri, cinta antara dua anak kecil, dan juag kesetiaan Doraemon terhadap tuannya Nobita mempamerkan satu nila yang sangat berharga untuk dipungut.

Ahh.. pedulikan apa orang kata. Saya mengambil sebuah buku Doraemon lalu membayarnya di kaunter dengan wajah tebal.

5 Comments »

  1. kaedah penyampaian oleh saudara fujiko fujio, pengasas cerita doraemon ni, sangat kreatif sebenarnya.

    Ana yakin, sebelum tercetusnya gelombang ke”doraemon”an, mesti beliau resah bagaimana mahu membuat cerita yang mampu diterima oleh masyarakat jepun tika itu.

    Ya, try to be accepted.

    Sebelum memulakan sesuatu projek, semestinya kita perlu merancang sesuatu yang boleh membuatkan orang menerima idea kita.Apabila orang sudah menerima, mereka mula meminati dan seterusnya menggilai.

    Budaya kerja seperti ini, seharusnya kita contohi dalam menggiatkan usaha dakwah kita.Seperti cerita doraemon, cara penyampaian dakwah kita perlulah kreatif, segar, unik dan yang paling penting, diterima oleh sasaran.Sasaran dakwah haruslah berjaya dijadikan peminat fanatik pada apa yang kita dakwahkan iaitu Islam.Caranya bagaimana, sama-sama kita fikirkan.

    Ana kira, medium kartun juga salah satu usaha menarik untuk memperkenalkan Islam.Masyarakat malaysia kebanyakkannya lebih ramai suka menonton kartun dan membaca komik dari membaca sesuatu yang berat dan padat dengan ilmu.bermula dengan bahan ringan seperti ini, kita mampu menjentikkan mereka meninjak ke arah pengamatan bahan yang lebih berat.

    Ana nampak satu, peperangan menegakkan Islam di zaman sekarang adalah lebih kepada menjajah pemikiran dan cara berfikir..

    Sama-samalah kita mencontohi sikap doraemon yang berjiwa besar dalam mengemudi matlamatnya.Selaku pejuang cintakan Islam, kita seharusnya lebih-lebih lagi bersemangat untuk memahatkan Islam di dunia serba mencabar ini.

    Wallahu’alam

    p/s: akhi dzulkhairi = doraemon (jgn marah ha)=)

    -peace no war-

    Comment by NURUL MUNAWIRAH — March 27, 2008 @ 1:17 pm

  2. tapi sayang, bila dah besar ni aku kurang lak nak menghayati cerita2 yang satu masa dulu aku gemari.

    Comment by MakLaN — March 29, 2008 @ 5:09 pm

  3. salam,
    Menarik, falsafah di sebalik penciptaan watak-watak kartun ini.
    tahniah kerana mengangkat nilai2 yang ada pada kartun ini

    http://www.muhammadridwanto.wordpress.com

    Comment by muhammad — March 31, 2008 @ 3:46 am

  4. setuju…
    walaupun memang banyak kekurangannya, namun lebih banyak lagi pelajaran yang bisa kita ambil dari anime yang satu ini

    tidak salah memang bila akhirnya kini doraemon diangkat menjadi duta besar anime pertama di dunia (artikelnya bisa dilihat di sini : publishedmind.blogspot.com/2008/03/doraemon.html)

    Salam kenal dari saya..

    Comment by Rizal Akbar — April 4, 2008 @ 2:54 am

  5. assalamualaikum Ust.Zul.
    tak sangka,orang yang saya kagumi ada kegemaran yang sama dengan saya..kalau ust.zul suka doremon..sama macam kakak saya…saya pulak suka Detective Conan…cerita detektif cilik ni memang menarik.ada unsur2 logik, kritis.dan yang penting..teladan yang baik..
    saya dapat rasa, ust zul memang xtra ordinary person.kekuatan dalaman yang mantap.wish gud luck for final..

    Comment by orichi — April 15, 2008 @ 1:54 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: