Dzulkhairi’s Weblog

March 31, 2008

SINGA TIDAK AKAN KELAPARAN LAGI

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 6:00 am

Saya telah katakan dalam tulisan yang lepas, air yang tidak bergerak dan bertakung hanya menghasilkan bau busuk dan membiakkan nyamuk aedes. Sang singa yang kelaparan tidak akan dapat memenuhi ruang kosong dalam perutnya sekiranya ia tidak berlari mengejar buruan. Anak panah tidak akan mengena sasaran sekiranya berada di busur panah.

Maka, bergeraklah, jangan statik dan berada di takuk yang lama, kerana sunnah alam juga berubah dari masa ke masa, dari semasa ke semasa.

Dinosaur musnah kerana tidak mampu beradaptasi dengan alam yang baru. Jangan jadi seperti lembu dan kambing yang tidak pernah jemu memakan rumput hijau tanpa sebarang perubahan citra dan selera. Alam berputar begitu pantas, maka nabi yang mulia berpesan, sesungguhnya Islam ini ada roda dan putarannya, maka berputarlah bersama Islam.

Sekarang bukan era kapur, sebaliknya marker yang digunakan. Sekarang bukan era ceramah kosong, tetapi slide-show diperlukan. Ayam dan kambing sudah mula diorganik. Robot-robot sudah mula tercipta. Dengan berkembangnya dunia yang maha luas ini, maka bertambahlah permasalahan dan permasalahan yang timbul ternyata pelik dan aneh, banyak dan memualkan.

Arena pertarungan. Di saat kerakusan pimpinan membina empayar kronisme, anak muda yang serakah melayani nafsu, dadah dan seks bebas menjadi amalan yang dipusakai, kelucahan, kebodohan, kezaliman, kekejian, kelicikan, bermula pembunuhan dengan pisau dan berakhir dengan bom, bermula dengan penculikan remaja berakhir dengan penculikan kanak-kanak, ayah sudah tidak kenal anak, ibu dianggap hamba, yang zalim berkuasa, yang baik ditindas, lalu kita dicampakkan ke dalam aam yang serba mencabar ini. Yang perkasa akan dapat merenanginya. Yang lemah tenggelam timbul atau terus tidak timbul-timbul. Ya, alam survivor, siapa yang menjuarainya?

Dakwah tidak boleh lagi statik, jumud, dan rigid. Hamka mengarang karya cinta. meskipun dikecam dan dibenci namun ia berjaya mengubah paradigma remaja tentang cinta yang sebenar sehingga menepis kesyahwatan yang dipuja. Faisal Tehrani dengan karya jihadnya membuka mata. Manakala Ramlee Awang Mursyid membuka landasan cinta ala kesufian bercampur aduk dengan kependekaran akhirnya melahirkan jiwa yang bergelora. Bergelora memastikan Islam dijiwai,

Sangeetha hasil sentuhan tangan Azizi Abdullah membuka mata kaum India. Ia dakwah secara halus dan tersembunyi. Kawen-kawen yang meraih anugerah tertinggi juga mengkritik budaya kahwin kerana nafsu bukan kerana Allah. Ujang mara dengan majalah kartunnya satu ketika. Siapa tidak kenal LANUN yang berkaya meneroka satu era dakwah yang terbilang. Hanya dengan kartun, dunia berubah.

Rowan Atkinson seorang ahli jiwa. Bercakap bukan boleh menyelesaikan masalah. Lalu beliau melakonkan watak Mr Bean untuk menghiburkan jiwa yang keresahan kalangan rakyat Amerika yang tidak beragama. Seorang motivator yang lain tidak pernah bercakap, hanya membuka satu pejabat untuk melayani dan mengatasi masalah jiwa yang tertekan. Ia tidak bercakap dan mengemukakan jalan penyelesaian, sebaliknya hanya mendengar dan mengangguk, mencelah jika perlu. Akhirnya ia menjadi kaunselor terkemuka.

Kita mencipta filem dan cerita, namun satu pun tidak menjadi ikon. Jepun boleh berbangga dengan Doraemon. Fujo F Fujiko lahir pada 1985 namun pemikirannya adalah 50 tahun akan datang. Jepun juga boleh berbangga dengan Ultraman. Barat pula berbangga dengan Superman, Spiderman, Catwomen, Incredible Hulk, X-Men dan Ice-Man. Jangan melihat kepada bentuk luaran kerana setiap filem dan watak yang dibuat, ada mesej tersirat yang ingin disampaikan. Meskipun berseluar dalam di luar, namun Superman membayangkan bahawa Amerika Syarikat adalah gergasi dunia yang tidak tercabar.

Kini timbul satu persoalan. Dalam dunia survivor ini. Bagaimana kita harus mengatur langkah dan pencak bagi menjadi sang pemenang dan seterusnya mengubah nasib bangsa yang kian terumbang-ambing. Pastinya cara yang lama sudah tidak terpakai sebaliknya nafas segar mesti diberikan secara bijaksana. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Kini ada era anak muda. Ia juga adalah era untuk pemikiran muda yang segar dan baru. Kita tidak boleh lagi menggunakan kaedah dakwah dan reformasi 10 tahun yang lepas, sebaliknya satu cara yang baharu mesti tercipta. Einstein sang bijaksana ada menyebut, permasalahan masa sekarang tidak dapat diselesaikan dengan pemikiran masa sekarang.

Bebaskan pemikiran anda. Tetapkan apakah matlamat anda dan jangan sekali-kali berasa diri lemah dan tidak berdaya untuk mencapainya. Ibarat data sarjana, apabila kita meletakkan sesuatu target, maka pastikan ia adalah target kita, bukan target kedua ibu bapa kita. Target mendapat 15A dalam SPM adalah target kita, jangan dijadikan ia sebagai target ibu bapa kita.

Tidak boleh lagi anak-anak masa sekarang dididik dengan cara lima tahun yang lepas. Tidak boleh dibiarkan anak-anak hanya bergaul dengan yang sebaya dengannya kerana ia tidak membantu perkembangan akal. Didik mereka dengan pemikiran dewasa, agar kelak mereka dapat berfikir 10 tahun lebih terkehadapan.

Ibarat kata kawan saya, anak zaman dahulu diajar: “Ahmad, belajar rajin-rajin, nanti kamu masuk universiti, dapat kerja makan gaji dengan kerajaan. Bolehlah kamu beli hadiah untuk emak pula. Sepatutnya anak kita diajar: Ahmad, belajar rajin-rajin. Bila kamu selesai belajar nanti, boleh kamu buka restoran, atau pusat pelancongan, atau jadi pengurus syarikat dan peniaga yang berjaya. Masa tu, ma bolehlah menumpang senang kamu”.

1 Comment »

  1. mr bean ain’t amerika mr khairi… he is from england…

    Comment by syudnuc — April 7, 2008 @ 4:25 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: