Dzulkhairi’s Weblog

April 20, 2008

FIKIR-FIKIRKAN

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 6:14 pm

Apabila Gladstone menyatakan bahawa al-Quran sebagai sumber kekuatan umat Islam, bangkitlah seorang ahli parlimen mengoyak-ngoyak al-Quran. Perbuatannya ditegur Gladstone, “Bukan itu yang aku maksudkan. Apa yang aku maksudkan ialah mengoyak-ngoyak al-Quran yang ada dalam jiwa umat Islam.

Kita tertipu sebenarnya dengan kisah-kisah silam kehebatan ulama’ kita. Barangkali Barat turut berseronok apabila kita terlalu mengagung-agungkan bijak pandai yang terdahulu. Barangkali Barat juga berasa gembira apabila kita begitu bersungguh-sungguh menyambut tarikh-tarikh penting dalam sejarah umat Islam seperti kelahiran Rasulullah SAW.

Apa maksud saya? Saya mengertikan bicara saya sebegini. Kita terlalu berbangga dengan kehebatan ulama silam dan kita sering mengungkapkan, siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan ulama terdahulu. Rindunya untuk berada pada zaman mereka dan mengecap zaman kegemilangan Islam. Rindunya ketika Islam menjadi kuasa dunia. Malangnya kita hanya mengungkap dan mengungkap, mengenang dan mengenang, mengingat dan mengingat. Tetapi kita lupa bahawa umat Muhammad ini ibarat air hujan, tidak pasti mana yang terbaik, yang awal atau yang akhir. kita lupa dengan dendangan kata-kata, “Bukannya pemuda orang yang menyebut, ini ayahku, ini saudaraku. Tetapi pemuda yang tulen adalah yang mengatakan, inilah aku!”

Kita menyambut hari kebesaran Islam. Ia cukup bagus, tetapi ia menjadi tidak bagus apabila sambutan hanya disambut secara luaran semata-mata. Sekadar bermegah dengan Islam dari sudut tarikh lahirnya Nabi Muhammad, Isra’ Mikraj dan hijrah. Ia disambut saban tahun, tetapi umat Islam tetap berada di bawah. Ada apa pada tarikh nabi kita jika hanya disambut, diberi cuti, dilaksanakan program tetapi dakwah dan perjuangan baginda tidak dihayati. Apabila ada karikartur atau filem menghina nabi, mulalah perasaan marah bergelora, namun ia hanya seketika. Marahkan orang yang membuat karikartur, dalam masa yang sama diri sendiri meninggalkan ajaran baginda. Bagai meludah ke atas lalu terjatuh ke hidung sendiri.

Lalu kita membaca doa tahun baru, tiap-tiap tahun. Bukanlah amalan ini tidak bagus, tetapi secara tidak langsung ia mengajar umat Islam supaya berubah selepas setahun, bukannya berubah ada tiap-tiap hari. Ajaran nabi, doa pagi dan petang. Buat azam baru dan pasang semangat jitu setiap pagi dan petang. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah perubahan mesti dibuat selepas setahun.

Erm, apa nak jadi. Saya sedikit terkejut melihat gambar pelajar perempuan sekolah menengah menghisap rokok, dalam keadaan masih bertudungkan tudung sekolah. Tidak dikira lagi berapa ramai lelaki menjadi perempuan di Lorong Haji Taib, mengalahkan perempuan, dan saya pasti terasa ingin muntah setiap kali melintasi mereka. Ya, sambutan maulid nabi dibuat sekali setahun, Akademi Fantasia lebih daripada itu. Isra’ Mikraj mengenangkan peristiwa aneh sekali setahun, tetapi cerita aneh Saka, Congkak, Akhirat, Malaikat Tepi Jendela, Langsuir, Pontianak Harum, bertambah dan membiak, bagai nyamuk aedes dalam takungan air. Ia lebih pelik dan aneh, diselubungi misteri, malah misteri Isra Mikraj pun barangkali tidak sebanding dengannya.

Inilah westernisasi, hiburan menenggelamkan Iman. Ternyata protokol Zionis berjaya dan kejayannya gemilang sekali. Pernah di Baghdad, umat Islam tenggelam dalam hiburan sehingga terlupa untuk menunaikan solat hari raya, lalu dalam sejarah mencatitkan umat Islam Kota 1001 Lagenda menunaikan solat hari raya menjelang Maghrib. Ia satu rekod yang belum dipecahkan.

Apabila seorang muazzin di Masjidil Aqsa pulang setelah melaungkan azan, makmum bertanyakan ke mana ia mahu pergi. Jawabnya ingin ke rumah, kerana ia seorang Yahudi yang diupah melaungkan azan. Pemuda-pemuda Baghdad hanya berpeluk tubuh menanti tentera wanita Monggolia datang membunuh mereka, dan mereka langsung tidak mempertahankan diri kerana takut yang teramat.

Globalisasi adalah projek langit terbuka, dan menjadian dunia sebuah perkampungan yang berjiranan. Timur berjiran dengan Barat. Dunia di hujung jari, lalu Timur mendapat apa sahaja daripada kampung sebelah iaitu Barat. Barat menyajikan yang terdedah, yang mendedah, sana-sini terbuka, atas terbuka bawah terbuka, lalu Timur terpegun dan tertegun, Timur mula terdedah dan belajar mendedah.
Melayu, ia terus melayu. Bunga yang melayu, tidak cantik. Bangsa Melayu, melayu dan melayu. Lalu si artis yang terdedah dan mendedah mengucapkan syukur alhamdulillah kerana berjaya menggondol trofi kejayaan. Ia sangat terbalik. Perempuan yang telanjang kepala, mengajak orang lain untuk beriman dan meningkatkan taqwa kepada Allah. Orang yang memberi dan menerima rasuah, bercakap soal amanah. Orang yang malas bekerja bercakap soal komitmen dan inovasi. Orang yan menindas dan berlaku zalim, berbicara soal menjaga kebajikan dan sikap membantu.

Ia cukup terbalik. Barat ternyata berjaya menjajah. Apabila kapal-kapal mereka tidak berjaya belayar berdekatan Malaysia, mereka melayarkan pemikiran dan budaya hidup mereka. Apabila mereka tidak berjaya mengaut keuntungan hasil bumi Malaysia, mereka mengaut keuntungan dari sudut keruntuhan sosial yang melampau dan terlampau.

Bukan sahaja terdedah dan mendedah, malah dirakam pula dan disebar. Apabila ada yang cuba menegur, mulalah kemelayuannya timbul, “Jangan jaga tepi kain orang”. Berjayalah Karl Marx untuk menggantikan Tauhid Uluhiyah dengan panggung-panggung wayang. Dalam pangung wayang, gelap, gelap pekat, atau gelap zulumat. Maka lakukan apa yang ingin dilakukan, orang tidak peduli. Mahu tertonggeng-tonggeng, seluk-menyeluk, masuk-memasuk, sentuh-menyentuh, apa sahaja, lakukan, kemelayuan tidak akan menyekat, kerana kemelayuan berkata, “Jangan jaga tepi kain orang”.

Sya terfikir-fikir, ada benar juga teori Darwin dengan sedikit modifikasi, manusia berasal dari beruk. Ataupun, manusia bertukar menjadi beruk?

Jika begitu, beruk berasal daripada manusia!???

5 Comments »

  1. assalamualaikum.

    globalisasi nampaknya hanya mampu membawa westernisasi. tetapi, kalau di lihat semula, agen2 globalisasi adalah accessible kepada semua orang. yg di timur, barat, selatan..

    kalau dulu tiket perlu beli di kaunter, sekarang hanya cetak. kita da mengganti pekerja kaunter tiket. dan ini berlaku di merata dunia.

    agen2 globalisasi, internet dan media dikuasai barat, betulkah? atau kita yang malas nk kuasainya?

    semua ada kuasa untuk berbuat sesuatu dalam internet (Time’s Person of the Year: You – TIME Dec 2006). hanya bayangkan, sekiranya semua yg barat pada hari ini adalah Islam, tidakkah ianya akan terbalik?

    PRU 12 dikatakan berjaya ubah mindset pengundi terhadap BN melalui blog2. bila lagi kita nak gerakkan blog2 kita untuk clear mindset manusia kepada Islam?

    saya secara peribadi gembira melihat blog Ustaz. Teruskan usaha, ya ustaz!

    sekadar berkongsi dan menegur diri ini..

    Comment by Mohamad Hilman bin Nordin — April 21, 2008 @ 12:35 am

  2. masya ALLAH..
    nie ke a.zul yang orang kenal?
    tahniah..

    Comment by acax — April 21, 2008 @ 6:50 am

  3. assalamualaikum.

    us Dzulkhairi..mohon pandgn tntg dr masitah yang telah memperlekehkan al quran(hukum Allah) dan geert wilder pembikin filem fitna..apa pandangan us tntg mereka berdua..

    Comment by hambaallah86 — April 30, 2008 @ 5:17 am

  4. Assalamualaikum…
    Bagaimana utk memperbetulkan perkara2 yg berlaku semua itu jika berlaku pd diri sendiri…ana sgt2 perlukan pertolongan…

    Comment by AsMa — May 2, 2008 @ 4:52 am

  5. jom ke http://siswakini.blogspot.com

    Comment by Mahasiswa Kini — May 5, 2008 @ 7:41 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: