Dzulkhairi’s Weblog

May 30, 2008

JANGAN FIKIR BUKAN-BUKAN

Filed under: Uncategorized — dzulkhairi @ 8:24 am

Kawan-kawan sebaya saya, sekarang sibuk bercerita tentang kahwin. Mungkin faktor umur, atau menganggur, atau kerana telah menamatkan pengajian yang memaksa mereka semua memikirkan tentang alam rumah tangga.

Kawan saya di Mesir juga menggesa saya berkahwin. Kata beliau, berkahwin awal adalah sunnah. Kebetulan dia sekarang sedang menanti saat menimang cahaya pertama setelah hamper setahun berkahwin. Kawan saya Syed Faiz juga akan berkahwin bulan Ogos. Nasaei sudah berkahwin. Nurul Izza sudah lama. Amiratul Munirah, Thohirah, dan yang paling menarik adalah, 2008 adalah pesta kahwin bagi pimpinan-pimpinan besar Pmium.

Azlan Presiden Parti Mahasiswa Negara juga berkira-kira untuk berkahwin, Syeikg Umar yang merupakan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia yang serumah dengan saya juga sudah lama mengumpulkan wang untuk tujuan yang murni ini. Sahabat-sahabat saya kalangan muslimat juga sudah mula bersedia menerima pinangan siapa sahaja. Pendek kata, siapa cepat, dia yang dapat

Kahwin, kahwin, kahwin. Ada apa dengan kahwin. Adakah untuk menjaga diri daripada melakukan maksiat, atau ingin melunaskan cinta kepada si dia, atau menuruti sunnah, atau kerana sudah lama menganggur, atau kerana apa? Jika kita bertanya kepada ramai orang, maka banyaklah beza jawapannya.

Saya juga ada jawapan tersendiri selain daripada menuruti sunnah dan menjaga diri, atau selain dipaksa ibu. Saya ingin berkahwin kerana ingin mencapai kesempurnaan. Kesempurnaan beragama, kehidupan, dan sebagainya.

Imam al-Syafei hanya melakukan survey kalangan isteri-isterinya berkenaan dengan kitaran darah haid untuk mengeluarkan kaedah fiqh berkenaan darah tersebut. Aisyah membantu nabi untuk memberikan kepada seorang wanita yang bertanyakan tentang darah haid apabila nabi malu-malu untuk menerangkan secara lebih dalam. Malah Aisyah dan isteri yang lain menjadi juru cakap kepada beberapa perbuatan nabi.

Saya apabila melihat ceramah-ceramah yang disampaikan oleh orang yang sudah berkahwin dengan yang bujang, ternyata ada bezanya. Walaupun mungkin yang bujang lebih berilmu dan pandai menyusun kata, namun masih belum tampak kesempurnaannya. Ingin menyentuh soal ibu bapa, terasa janggal. Ingin menyentuh soal mendidik anak, diri sendiri belum berpunya. Ingin bercakap tentang berbuat baik kepada isteri dan mentaati suami, tidak kena. Ingin menjawab persoalan darah-darah khusus untuk wanita, rasanya tidak tepat. Malah ingin menyampaikan kuliah dan ceramah di hadapan orang yang sudah berumah tangga, terasa kejanggalannya.

Orang yang tidak mempunyai adik-beradik, akan menjadi penyayang tetapi kurang berkemampuan untuk menjadi ketua kerana ia tidak pernah memimpin dalam keluarga. Orang yang hanya adik-beradik lelaki akan kurang bertoleransi dengan perempuan. Orang sebegini jika dilantik menjadi ketua akan menimbulkan banyak sengketa dengan pihak perempuan. Begitu juga sebaliknya. Manakala bagi sesiapa yang memiliki adik-beradik perempuan dan lelaki, maka ia akan memahai dua situasi dan kehendak yang berbeza. Ia akan memahami emosinya perempuan dan rasionalnya lelaki.

Orang yang sudah berkahwin teruji imannya. Apakah ia lebih mengutamakan ‘kekasihnya’ atau gerak kerja Islam. Orang yang sudah berkahwin akan lebih pandai tentang pengurusan hidup, bagaimana mengambil hati keluarga sendiri dan keluarga sebelah suami atau isteri, termasuklah pengurusan mendidik anak-anak kecil.

Mendidik orang muda tidaklah terlalu susah. Namun mendidik anak kecil merupakan satu cabaran buat ibu bapa. Anak-anak kecil lebih mendengar cakap orang lain atau ustaznya berbanding cakap ibu bapa. Anak-anak kecil juga banyak mainnya, dan kita tidak boleh mengharapkan keajaiban akan lahirnya ‘Adi Putra’ kedua melalui nutfah kita.

Saya penceramah sambilan. Saya kadang-kadang berasa cemburu melihat penceramah yang sudah berkahwin. Ada beberapa perkara sensitive yang tidak boleh disebut penceramah bujang semacam saya tetapi boleh disebut oleh penceramah yang sudah berkahwin. Malah yang berkahwin biasanya lebih terjaga maruah dan diri berbanding yang bujang, sehingga membenarkan cahaya ilmu itu mudah meresap masuk ke dalam hati pendengar.

Nasaie kawan saya berkahwin dengan seorang yang bersifat akademik. Akhirnya, beliau menjadi seorang yang cintakan ilmu manakala isterinya terikutkan perangainya yang kuat dan gigih bekerja dalam lapangan dakwah. Maka seadanya saya memperingatkan kepada pembaca sekalian, berkahwin bukan semata-mata untuk menjaga diri, atau meramaikan umat nabi Muhammad, malah berkahwin untuk kesempurnaan dalam hidup, mengambil yang baik daripada isteri atau suami, dicontohi dan diaplikasikan sebaik mungkin.

Syed pula akan berkahwin dengan orang yang baru menamatkan pengajian di negeri Matahari terbit. Tampaknya, beliau sangat kemas dan bergaya, dan sudah semakin terarah.

Rasa sangat seronok sebenarnya. Saya tinggal serumah dengan orang-orang yang hebat, bukan sahaja menjadi tumpuan di kampus, malah Malaysia, malah menteri-menteri pun mengenali. Azlan Presiden Pmn, Umar Smm, Hidayat Mpn, Fauzan bakal orang kaya Malaysia, Naim pemimpin gerakan anak pahang dan antara pelajar terbaik um, dan lain-lain. Semuanya anak-anak muda yang berjiwa besar dan punya keinginan membara.

Tetapi Syed bakal membina kehidupan yang baru yang lebih efektif. Tidak lama lagi, yang lain akan menyusul. Seorang demi seorang meninggalkan saya, sedangkan saya masih setia menjadi penulis yang tidak bernama dan ternama.

Ayah-ayah, ibu-ibu, jangan haling anak untuk berkahwin…

4 Comments »

  1. salam..sahabatku d-Zul..ape kena dengan ko nih, berbicara tentang alam perkahwinan, setahu aku ko dah ada, bile lagi nak langsungkan perkahwinan..pasal masalah duit, ape yang ada pada kita, jualkan sebagai harta untuk memudahkan perjalanan perkahwinan..sahabat PKS pesan kepada aku, harta dunia ini bile hilang pasti akan datang kembali..aku setuju perkahwinan ini saling melengkapkan hidup manusia, merasai susah senang bersama, yang penting mencari redha allah…k lah, wei ko hati2 cikit taip, tau dah laju menaip, tapi banyak salah…k selamat menuju ke alam perkahwinan

    Comment by Gerak Hikmah — May 30, 2008 @ 9:21 am

  2. very interesting blog.

    Comment by Edward Ott — May 31, 2008 @ 1:53 am

  3. erm mungkinkah ini fenomena satu malaya??.. erm nampaknya ia normal ya akhi… huhu… sehingga aku juga kini dituduh jiwang.. oh atau aku benar begitu??.. haha

    Comment by Aku Bukan Umar Al-Khatab — June 2, 2008 @ 2:12 pm

  4. gerak hikmah.. kalau dapat dikongsi mana salahnya.. erm moga2 dapat saling berpesan2 dan dan pasti dengan gerak hikmah.. hehe

    Comment by Aku Bukan Umar Al-Khatab — June 2, 2008 @ 2:14 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: